in

Netizen Puji Pensyarah Sanggup Buat Kelas Kat Dapur, Bukan Untuk Ajar Memasak Tapi…

page dapur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak negara kita dilanda pandemik Covid-19, kerajaan telah menetapkan untuk institusi pengajian tinggi dan juga sesi persekolahan diteruskan secara online bagi mengekang penularan wabak tersebut.

Tak dinafikan, perlaksanaan pembelajaran Open Distance Learning (ODL) itu menyebabkan ramai pelajar tidak berpeluang untuk merasai keseronokan belajar secara fizikal dan ada yang kurang faham dengan perisian yang diajar.


Namun, baru-baru ini tular di Twitter perkongsian menerusi akaun @fifaakram, yang mana pensyarahnya mulakan sesi pengajiannya di dapur. Tapi, bukanlah disebabkan dia terlambat untuk memasak…

Dari thread yang dibuat oleh lelaki ini, difahamkan bahawa pensyarahnya mengadakan kelas di dapur rumahnya untuk mengajar tentang silibus subjek Biomedical Engineering khusus mengenai otot.

ayam final

Tu diaaa, sampai sanggup guna contoh daging ayam dan juga lembu bagi memudahkan pelajarnya untuk faham haa!

“Bestnya ada lecturer macamni!”

Disebabkan passion yang ditunjukkan oleh pensyarah dari Universiti Malaya ini, tindakannya telah mendapat pujian dari warganet kerana kesungguhannya itu menaikkan semangat pelajar untuk kekal fokus dalam kelas.

“Terbaik lecturer, passion sebagai pendidik. Teruskan cara yang boleh tarik attention students” – Komen netizen

Perkongsian itu telah buatkan ramai yang turut kongsikan pengalaman pengajar masing-masing sanggup menggunakan pendekatan yang senang dan mudah untuk difahami sewaktu mereka semua masih belajar.

komen full 9

Seronok betul ada lecturer macam ni! Sambil-sambil belajar, boleh have fun dalam kelas walaupun tengah ODL, ye dak? Rindu pulak zaman study. Huhu…

Baca: [VIDEO] Pelajar ODL Di Bonet Kereta Viral, Ramai Pensyarah ‘Sporting’ Pakat Jadi Followers

untitled 2 11

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.