Sehingga kini, isu mengenai kematian pelakon Thailand masih lagi menjadi topik perbualan di media sosial, ia memberikan impak besar apabila ketahui kisah mereka ini sehinggakan ada yang meminta pengarah Shahrulezad Mohameddin untuk membuat drama adaptasi mengenai pelakon jelita itu.
Disebabkan itu, pengarah drama bersiri Nur ini tampil bagi respon menerusi Instagram setelah menerima banyak DM daripada netizen mengenai permintaan tersebut.
Lagi berminat nak buat cerita Altantuya
Tegasnya, andaikata diberi peluang untuk membuat drama dari kisah benar, dia lebih lebih tertarik untuk adaptasi kisah pembunuhan tergempar di Malaysia pada tahun 2006, iaitu kes Altantuya. Ini kerana selain daripada nama Altantuya ini sendiri, wujud lagi watak-watak lain yang kita kenal.
“Abam rasa plot cerita dia lagi menarik sbb dia ada kena mengena dengan deal Scorpene la. Pregnant la. Bekas Lady Birkin lah. Bomoh dari India lah. Dan kematian dia jugak lebih kurang tragis bila dia diletupkan sampai hancur yg abam rasa MOTIF sebenar Altantuya tu dibunuh dengan kejam masih lagi tak terjawab (ker abam yg masih tak tahu? Pencerahan please.”
“So sampai kesudah abam tak tahu sebab apa dia dibunuh dgn begitu kejam? Dan kenapa derang gigih bawak dia ke bukit di Shah Alam dan diletup hancur dengan C4!? Kegigihan apakah iteww. Untuk apa dia diperlukan musnah sebegitu rupa? Sampai tak leh tinggalkan bukti langsung.”
Lebih gelap dan penuh skandal
Katanya lagi, kisah mengenai wanita kelahiran Mongolia ini lebih gelap dan penuh dengan misteri serta skandal kalau nak dibandingkan dengan kes Tangmo.
“Cerita seorang PA yg tersilap deal cuba jual kawan sendiri pada seorang ‘Dato’ tapi hujung2 si mati tak nak buat dan dia dikatakan terpaksa ‘disimpan’ atau bunuh sebab si mati dah terlajak tahu siapa yg bakal menjadi pemangsanya.”
https://www.instagram.com/p/Ca3VIW7PR3P/?utm_medium=copy_link
Tambahnya lagi, tidak dinafikan cerita mengenai Tangmo ini ada elemen drama petang.
“Cuma citer Tangmo ada lah elemen elemen drama petang petang sikit la seperti plot plot hubungan arwah dengan BF 7 tahun dia tu. Pastu watak mak dia yg sanggup ‘jual’ keadilan anak sendiri. Insurance yg diletakkan nama pada anak angkat dia yg juga anak PA/Manager/bestfriend tak guna dia tu. So elemen air mata acik acik bawang nak rasa sedih sama tu ader ler kalau abam nak exploit dan tokok tambah.”
Walaubagaimanapun, Shahrulezad sekali lagi menegaskan jika dia diberikan peluang, dia lebih memilih kisah ini. Apapun, dia bukan kata nak buat terus, korang jangan tunggu pula, ini sekadar pendapat dia sahaja.
Baca : [VIDEO] “Bawak dia ke sini!” – Polis Siasat Suara Lelaki Misteri Dalam Video Terakhir Tangmo Nida