Umum mengetahui bahawa pasangan pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli kini sedang menjadi tumpuan, Uqasha ada memaklumkan bahawa suspek melakukan serangan itu adalah bermotifkan rasa cemburunya kerana mengahwini Kamal Adli, lapor mStar Online.
Mengimbau kisah Christina Grimmie – Netizen
Berikutan dengan isu tersebut, ramai netizen menyifatkan bahawa ia angkara peminat fanatik. Mungkin ada yang anggap ia adalah satu perkara mustahil jika seseorang peminat sanggup bertindak sedemikian, tetapi perkara lebih kurang sama pernah terjadi di luar negara.
Menerusi Twitter, seorang warganet yang dikenali sebagai @aniskhalidi mengimbau kes yang terjadi kepada penyanyi dari negara barat, Christina Grimmie pada tahun 2016 dulu.
Christina memulakan langkah awal kerjayanya sebagai seorang penyanyi dari saluran YouTube miliknya sejak dari tahun 2009, dia banyak melakukan cover sehingga meraih populariti.
Namanya menjadi semakin terkenal apabila dia menyertai program realiti The Voice pada tahun 2014 dan memenangi tempat ketiga. Sejak itu, dia mula mencipta nama industri hiburan, bagaimanapun perjalanannya terhenti pada Jun 2016.
Pada 10 Jun 2016, Christina ada membuat satu konsert kecil di Plaza Live Theater di Orlando, Florida. Selepas konsert selesai, Christina berumur 22 tahun pada waktu itu ada membuat sesi meet and greet bersama para peminatnya.
“Dia benar-benar menyayangi orang di sekelilingnya dan memberi masa kepada semua orang, tidak kira apa pun,” kata Marcus Grimmie, abang Christina, yang kini berusia 28 tahun, memberitahu Insider tahun lepas.
Menurut laporan daripada Jabatan Polis Orlando. Pada malam itu, lebih 100 orang berada di sana. Christina menandatangani autograf dan berbual dengan peminat manakala abangnya duduk berdekatan.
Antara peminat yang menunggu dalam barisan untuk bertemu Christina ialah Kevin James Loibl, 27 tahun dari St. Petersburg, Florida (suspek).
OPD can confirm 27 year old Kevin James Loibl, suspect who shot Christina Grimmie, is from St Petersburg, FL pic.twitter.com/iN6RUi3VRx
— Orlando Police (@OrlandoPolice) June 11, 2016
Apabila Loibl menghampiri penyanyi itu, dia mengeluarkan pistol dan menembaknya beberapa kali. Selepas Loibl menembak Christina, Marcus melompat ke atas meja merchandise dan menendang penembak itu ke tanah, menurut laporan polis.
Tetapi Loibl berjaya lolos daripada pelukan Marcus, dia meletakkan pistol ke kepalanya, dan menembak dirinya sendiri.
Loibl meninggal dunia serta-merta, dan Christina disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian di hospital.
Dikatakan Christina dibunuh oleh peminat fanatik yang begitu obses dengannya
Ramai orang telah menyamakan pembunuhan Christina dengan pembunuhan bintang muzik Selena Quintanilla dan pelakon Rebecca Schaeffer, kedua-duanya dibunuh oleh peminat mereka.
Lapor Insider, Cory Dennington, rakan sekerja Loibl memberitahu polis bahawa dia percaya bahawa Loibl begitu taksub dengan Christina. Dennington turut memberitahu polis bahawa Loibl “memerhatikan segala-galanya” berkaitan mendiang penyanyi itu.
Obsesi Loibl terhadap Christina semakin menjadi jadi dalam tempoh “enam bulan hingga setahun” dan ia mula menjadi “tidak sihat” pada dua bulan sebelum dia dibunuh, kata Dennington semasa disoal siasat oleh polis.
Malah, rakan sekerjanya itu mengatakan bahawa Loibl akan sentiasa buka YouTube Christina dan stalk penyanyi itu di media sosial.
Difahamkan juga Loibl sanggup ubah penampilannya untuk Christina, dia sanggup buat implan rambut, putihkan gigi dan menjalani pembedahan lasik di mata, menurut laporan polis.
TMZ melaporkan bahawa Loibl naik berang selepas rakan sekerjanya yang lain ada tunjuk gambar dan memberitahu bahawa Christina pada waktu itu sudah ada teman lelaki iaitu produsernya sendiri.
Pasal kes Uqasha dengan Kamal ni, suspek dikatakan mengaku atas sebab cemburu, jadi harap aspek keselamatan diperketatkan dan minta mereka dijauhkan daripada perkara-perkara ini. Amin
Baca : Roslan Shah Dedah Uqasha Terima Mesej Ugutan Masa Hari Perkahwinan Mereka