Rendang adalah satu makanan tradisi di Malaysia, dan sering dihidangkan ketika perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Rendang bukan sahaja digemari oleh bangsa Melayu, malah ia juga sering dimasak dan digemari oleh kaum lain kerana keenakan juadah itu sendiri. Persoalannya di sini, rendang berasal dari mana?
Rendang dari Indonesia?
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memperlihatkan seorang individu dari Indonesia menemubual beberapa warga Malaysia di sini berkenaan asal usul juadah rendang.
Menerusi video tersebut, individu tersebut bertanya soalan berkenaan asal usul rendang kepada empat individu warga Malaysia. Seperti yang disangka, kesemua warga Malaysia menjawab rendang berasal dari Malaysia.
Individu dari Indonesia itu turut sempat bertanyakan beberapa kali kepada warga Malaysia yang ditemubual dengan soalan yang sama, namun jawapan mereka masih tetap sama – rendang berasal dari Malaysia.
https://www.instagram.com/p/CkvHiwQv_Ag/
Netizen Indonesia ‘kepanasan’
Video tersebut ternyata tular dalam kalangan warganet Indonesia yang ternyata tidak berpuas hati dengan jawapan warga Malaysia yang ditemubual individu tersebut.
Jelas rata-rata warga Indonesia, juadah rendang berasal dari negara mereka dan bukannya berasal dari negara Malaysia. Malah, seorang individu ada mengemukakan bukti bahawa Google menyatakan rendang berasal dari Sumatera Barat.
“Cuba la google, rendang berasal dari Sumatera Barat, Indonesia”, tulis seorang warganet Indonesia.
Ada juga beberapa warganet Indonesia yang mengecam Malaysia kerana sering mencuri budaya dan tradisi mereka.
“Malaysia dah banyak claim budaya Indonesia. Contohnya wayang kulit, batik dan lagu Rasa Sayang. Memang suka curi”, tulis seorang individu.
Pada pendapat anda, rendang berasal dari mana?
BACA: Fesyen Remaja Indonesia Curi Tumpuan Ramai, Pernah Disangka Pencuri Oleh Ibu Kekasih