Seperti yang kita sedia maklum, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bakal laksanakan semula oleh kerajaan dan akan membuat pengambilan meliputi mereka yang berumur dari 16 ke 35 tahun.
Disebabkan itu, ada netizen yang mencadangkan agar golongan pempengaruh menjadi peserta dalam pengambilan pertama program itu.
Artikel Berkaitan : PLKN Bakal Dilaksana Semula, Ini Sejarah Yang Korang Kena Tahu Pasal Latihan Khidmat Negara Di Malaysia
Artikel Berkaitan : Hanya Dijalankan Selama 45 Hari, PLKN Bakal Libatkan Pelajar Tingkatan 4 & 5
Dalam cadangan itu, netizen ada menyenaraikan beberapa nama pempengaruh seperti Imran Bard sebagai Ketua Platun Mawar, Azfar Heri sebagai Ketua Platun Bakawali, Ajibtoo sebagai Ketua Platun Orkid dan Kieda Crepe sebagai Ketua Platun Keseluruhan.
Ketua platun mawar
– @imemerangKetua platun bakawali
– @AzfarheriKetua platun orkid
– @cheajibsayang— Jalal Misai (@jllmisai) November 2, 2023
Perkongsian ini telah meraih lebih daripada 6,000 jumlah perkongsian dalam masa 4 jam menerusi platform media sosial X. Ia juga turut mendapat perhatian salah seorang tuan empunya badan iaitu Azfar Heri.
Dalam pada itu, Khairul Aming juga memberikan respon dengan berseloroh bahawa peserta dapat menikmati resipi baharu setiap hari air tanganya sepanjang tempoh 45 hari berkhidmat di PLKN.
Ketua platoon: bangun semua baris sedia
Me : kejap lah tengah perap ayam ni ?
— Khairulaming (@khairulaming) November 2, 2023
Malah, Khairul Aming sempat bergurau, peserta lain yang sama dorm dengannya boleh dapat sambal percuma.
Hurm, kelakar lah, tapi la kan kalau lah betul-betul jadi, mesti best kan? Min nak sama dorm dengan Khairul Aming.
Sumber : X