in

‘Nenek’ Temui Mayat Cucu Mati Kelaparan Dalam Rumah, Rupa-rupanya Ada ‘Plot Twist’ Nenek Sebenarnya Ibu Kanak-Kanak Tu?

plot twist

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya kita dengar kisah pembunuhan yang ada bermacam-macam plot twist ini dalam drama-drama hebat Korea saja macam Flower of Evil atau Voice macam tu kan.

Tapi tak sangka pulak perkara sebegini benar-benar berlaku di Korea dan kes ini dianggap sangat pelik serta mengejutkan ramai pihak di sana.


Menurut The Korean Times, seorang wanita berusia 22 tahun telah ditahan polis baru-baru ini kerana kematian anak perempuannya berusia 3 tahun yang katanya telah ditinggalkan seorang diri selepas ibu ini pindah dari rumahnya di Gumi, Gyeongsang, Korea Selatan.

budak

Mayat budak tersebut telah ditemui oleh ‘neneknya’ yang tinggal di tingkat bawah bangunan tersebut.

TETAPI, haa ini yang dikatakan plot twist tu… Hasil siasatan pihak polis mendapati rupanya nenek kepada mangsa bukanlah nenek tetapi dia adalah ibu kandung kepada kanak-kanak tersebut. Uish macam mana boleh jadi macam tu! 

 

Nenek didakwa ‘tukar’ anak

Menurut laporan, nenek yang bernama Seok, 49 ini sebenarnya ada melahirkan anak sekitar waktu yang sama dengan anaknya, Kim, 22, dan dia telah menukar anaknya dengan anak Kim.

Dengan itu, Kim selama ini telah menjaga anak ibunya dan menganggap budak tersebut sebagai anaknya sendiri.

Bila disoal pihak polis, Seok berkata yang dia tidak melahirkan anak dan mendakwa ujian DNA tersebut salah.

Seok mengatakan keputusan DNA itu salah, tapi tak mungkinlah keputusan National Forensic Service (NFS) itu tidak benar kerana sampel DNA itu telah diuji sebanyak empat kali untuk mendapatkan ketepatan,” kata pihak polis.

ST 20210314 MOTHER14 6396278
‘Nenek’ mangsa yang kini dalam tahanan polis

Malah menurut ujian DNA itu juga, suami Seok bukanlah bapa kepada budak perempuan berusia 3 tahun itu.

 

Kanak-kanak telah ditinggalkan sejak Ogos 2020 lagi 

Menurut The Straits Times, Kim dan bekas suaminya, Hong telah tinggal bersama sehingga mereka bercerai pada April 2020.

Laporan mengatakan yang Kim mengabaikan anaknya dan pada Ogos 2020, dia telah berpindah ke apartmen lain dengan suami baru.

1615503198 image
Kim ketika ditahan polis

Dia kemudian meninggalkan budak perempuan tersebut dengan alasan dia tidak menyukai kanak-kanak itu kerana ia hasil perkahwinannya dengan Hong. Apa punya mak lah ni kan?? 

Hasil laporan autopsi mengatakan budak perempuan tersebut meninggal dunia akibat kelaparan dan bukannya dibunuh oleh Kim sebelum dia berpindah.

Sehingga setakat ini, pihak polis masih mencari siapakah bapa sebenar kanak-kanak tersebut dan cuba menjawab misteri di manakah anak sebenar Kim yang telah ditukarkan oleh ibunya itu.

Kes ini mendapat perhatian meluas di media sosial sehingga ada netizen membuat video TikTok mengenai penjelasan kes tersebut bagi mereka yang berada di luar Korea Selatan.

@priscillakwon

the CRAZIEST mystery case in Korea right now. #korea #koreantiktok

♬ See You Again (Piano Arrangement) – Alexandre Pachabezian

Erkkk scary pulak kes ni. Kesian dengan budak perempuan tu. 

Baca: “Masuk tv show pura-pura jadi parent angkat penyayang” – Jung In: Diambil Jadi Anak Angkat Untuk ‘Content’ Video Dera

tv

Sumber: Mothership
Sumber: Allkpop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.