in

Nekad Terjun Jambatan Akibat Tertekan, Lelaki Ini Selamat Lepas Dipujuk Bekas Isteri

2lelaki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki nekad untuk terjun dari jambatan tinggi dalam satu kejadian di Jambatan Rawang By Pass dari arah Selayang menghala ke Sungai Buaya semalam.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah tekanan perasaan akibat masalah rumah tangga selepas bercerai dengan bekas isterinya, berdiri di atas tembok pembahagi jalan dan cuba terjun dari situ.


Menurut laporan Harian Metro, pihak polis dan bomba telah bergegas ke lokasi kejadian dan menemui lelaki berusia 50 tahun itu sedang berdiri di atas pembahagi jalan sambil memeluk tiang lampu jalan dan cuba terjun dari jambatan pada ketinggian 100 meter.

Screenshot 2021 02 20 at 11.34.43 AM
Sumber: Harian Metro

Pihak polis dan bomba cuba memujuk lelaki berkenaan namun dia enggan dan mengugut untuk terjun.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, ketika dalam proses memujuk lelaki itu, seorang wanita yang dipercayai bekas isterinya datang ke tempat kejadian. Dengan bantuan dan pujukan bekas isterinya, lelaki itu membatalkan niatnya dan terus diselamatkan oleh pihak polis dan bomba.

Menurut pihak polis, selepas siastan dijalankan, lelaki itu bertindak demikian kerana menghadapi krisis rumah tangga dengan bekas isterinya dan sudah bercerai pada 12 Januari lalu dan dalam usaha memujuk bekas isterinya untuk rujuk semula.

Screenshot 2021 02 20 at 11.34.56 AM
Sumber: Harian Metro

Siasatan juga mendapati lelaki tersebut baru diberhentikan kerja sebagai pemandu peribadi dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Pihak polis akan melakukan siasatan lanjut dan lelaki tersebut akan direman bagi membantu siasatan.

 

Baca: Terjun Sungai Niat Nak Bunuh Diri Tapi Tak Jadi Lepas Nampak Buaya

Screenshot 2021 02 20 at 11.37.16 AM

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.