Parlimen Thailand mencipta sejarah baru di mana negara Gajah Putih itu menjadi negara di Asia Tenggara pertama yang meluluskan perkahwinan sama jantina.
Menurut laporan Berita Harian, pengiktirafan kesaksamaan perkahwinan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ+) itu diluluskan susulan rang undang-undang (RUU) itu mendapat 399 hingga 10 undi di Dewan Rakyat.
Artikel berkaitan: Johor Negeri Pertama Tubuhkan Pusat Pemulihan Akidah Untuk Golongan LGBT
Artikel berkaitan: Ahli Parlimen Cadang Golongan LGBT Diklasifikasi Sebagai Pesakit Mental
Namun ia masih perlu diluluskan oleh Senat sebelum ia disahkan Raja, dan kemudian diterbitkan dalam Warta Diraja.
RUU itu mencadangkan penukaran rujukan (pronouns) kepada lelaki, wanita, suami dan isteri dalam undang-undang perkahwinan kepada istilah ‘neutral jantina’.
Ia sekaligus memberikan pasangan LGBTQ+ akan dapat menikmati hak warisan serta proses anak angkat dalam kerajaan.
Keadaan dalam dewan parlimen menjadi riuh apabila selepas RUU tersebut lulus apabila seorang wakil rakyat membawa bendera pelangi ke dalam dewan.
Ahli parlimen dari Parti Move Forward menyatakan kelulusan RUU membuktikan hak LGBTQ ‘didengari’.
“Masyarakat hari ini membuktikan bahawa mereka mengambil berat mengenai hak LGBT. Kini, akhirnya kami akan mempunyai hak yang sama seperti orang lain,” katanya.
Sebagai info, hanya Taiwan dan Nepal negara di Asia yang mengiktiraf perkahwinan sejenis, manakala bagi India, mahkamah tertinggi India menangguhkan keputusan itu di Parlimen pada Oktober.
Sumber: Berita Harian