in

Nasyrul Quran Antara Pengeluar Al-Quran Terbesar Dunia, Ini 4 Fakta Menarik Yang Korang Kena Tahu

Page Nasyrul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Al-Quran merupakan kitab suci yang menjadi panduan dan juga pedoman bagi umat Islam seluruh dunia. Bukan itu je, pengeluarannya juga perlu diteruskan demi menyampaikan maklumat dan juga dakwah kepada orang untuk sepanjang masa.

Buat korang yang tak tahu, Kompleks Nasyrul Quran yang terletak di Putrajaya merupakan salah satu pusat pengeluar Al-Quran terbesar di dunia dengan menduduki tangga kedua selepas Kompleks King Fahd di Madinah.


Haa, korang nak tahu tak fakta-fakta menarik pasal pusat ni? Jom, kita tengok semua empat perkara tentang Kompleks Nasyrul Quran ni!

1. Terletak di Presint 14, tapak seluas 5.5 ekar

Penduduk Islam di peringkat global dijangka mencecah tiga bilion menjelang 2050. Korang jangan terkejut tau, sebab Kompleks Nasyrul Quran boleh memenuhi permintaan domestik dan antarabangsa terhadap Al-Quran.

Kompleks ini terletak di Presint 14, Putrajaya dan terletak di atas tapak seluas 5.5 ekar bahkan dibina dengan kos RM60 juta!

Twt 2

2. Cetak lebih sejuta naskhah setahun

Bukan tu je, Kompleks Nasyrul Quran ni mampu untuk mencetak satu juta naskhah Al-Quran setiap tahun. Lebih menarik, bangunan ini dihiasi cantik dengan ayat-ayat Al-Quran dan juga artifak Islam tau! Versi Al-Quran yang berbeza dari seluruh dunia pun ada ditunjukkan kat sana.

Twt 3

3. Kena buka kasut sebelum masuk

Disebabkan Kompleks Nasyrul Quran ini tempat suci yang menghasilkan kitab Al-Quran, penjagaan rapi amatlah dititik beratkan demi menjaga kesucian kawasan tersebut, pengunjung diwajibkan untuk membuka kasut.

Twt 4

4. Hospitaliti yang bagus, kawasan pencetakan selesa

Kalau korang bernasib baik, korang boleh join lawatan berpandu Kompleks Nasyrul Quran. Pihak diorang akan bawa ke kawasan pengeluaran yang mana korang semua boleh tengok sendiri proses pencetakan dilakukan.

Diorang pun ada juga jual pelbagai jenis produk berkaitan Al-Quran, buku, poster, khat, cenderahati dan banyak lagi!

Twt 7
Pusat ini pun mesra kanak-kanak and it’s free! Pengunjung dilayan dengan layanan yang sangat baik. Tak sangka kita ada kemudahan luar biasa yang dah menghasilkan dan mengeksport Al-Quran ke seluruh dunia!

Bangga min bila dapat tahu Malaysia salah satu negara bertanggungjawab hasilkan Al-Quran sampai satu dunia… Keep it up!

Sumber: Twitter

Baca: Solat Tarawih Di Sekolah Pondok Ini Ambil Masa 8 Jam, Baca 1 Juzuk Al-Quran Setiap Rakaat

Untitled 2 11

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.