in

Nasib Baik! [Video] Gadis Hampir Digilis Bas Akibat Gurauan Rakan

Gambar Hiasan 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mempunyai rakan yang rapat sememangnya menyeronokkan, tidak kira susah atau senang, pasti dia akan bersama kita. Selalunya rakan rapat ini tak pernah habis dengan lawak bodoh dan gurau senda yang boleh mewarnai hari-hari kita.

Namun, setiap perkara ada batasnya, tak semua perkara boleh dijadikan satu bahan lawak, terutamanya perkara yang boleh membawa maut. Tular satu video di Twitter, apabila seorang gadis nyaris digilis sebuah bas apabila ditolak rakannya ketika berjalan kaki di bahu jalan.


https://twitter.com/LuckiestPeopIe/status/1286230288704524293?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1286230288704524293%7Ctwgr%5E&ref_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F2020%2F07%2F28%2Fvideo-detik-cemas-gadis-gurau-kasar-tolak-rakan-bawah-bas-nyaris-digilis%2F

Video yang berdurasi 14 saat ini telah meraih 2 juta tontonan setakat ini. Di dalam video tersebut, gadis tersebut terselamat dari “dilenyek” oleh bas merah tersebut yang kebetulan berada disitu. Rakannya turut terkejut dengan tindakannya itu dan segera memeluk gadis itu bagi menenangkannya.

Walaupun posting di Twitter itu agak baru, tetapi sebenarnya kejadian itu telah berlaku pada April 2018 dimana pelaku ketika itu berusia 17 tahun.

Menurut laporan Straits Times, si pelaku tersebut menyatakan bahawa dia hanya bergurau pada waktu berkenaan. Pun begitu, setelah meneliti rakaman kamera litar tertutup, pihak polis berkata akan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada remaja itu. Pelaku mungkin disaman atau dipenjara sehingga satu tahun jika didapati bersalah.

Namun begitu, pelaku itu telah didenda sebanyak 70 euro, bersamaan RM348 kerana mendatangkan bahaya dan kecederaan.

Baca: The bodo is kinda sweet tho – [Video] Kawan India Betulkan Arah Kiblat Member Nak Tumpang Solat Dirumah Buat Netizen Kagum

Xz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.