in

“Nasib baik bukan bas yang langgar, kalau tak habis kena kecam dan digelar pembunuh!”

Gaga 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak akhir-akhir ini banyak pula kita dengar tentang kemalangan melibatkan keluarga yang berlaku. Baru sahaja dikejutkan dengan tragedi tiga beradik yang maut dalam kemalangan di Lenggong beberapa hari lalu, hari ini ada lagi kisah kemalangan menyedihkan yang melibatkan keluarga di Johor pula.


Menurut Harian Metro, lima sekeluarga meninggal dunia apabila Perodua Viva yang dinaiki mereka  telah merempuh sebuah bas ekspres di Kilometer 176 Jalan Johor Bahru – Seremban berhampiran persimpangan Kampung Melayu Raya, Segamat semalam.

Q1
sumber: facebook
Q3
sumber: facebook

Dalam kejadian jam 6 petang tersebut, Perodua Viva yang dinaiki oleh lima sekeluarga itu dikatakan dalam perjalanan menuju ke Johor Bahru dari arah Segamat sebelum hilang kawalan lalu berpusing di tempat kejadian.

“Kereta berkenaan kemudiannya memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas ekspres,” kata Superitendan Raub Selamat, Ketua Polis Daerah Segamat.

“Akibat pertembungan kuat itu, tiga penumpang iaitu lelaki dan wanita dewasa yang duduk di bahagian depan serta seorang kanak-kanak di bahagian belakang meninggal dunia di tempat kejadian.”

Q2
sumber: facebook

Jasad lima sekeluarga tersebut dikenali sebagai Muhammad Abu Dujanah, 30 dan isterinya Zinnirah Abdul Hamid, 28 berserta tiga anak mereka. Menurut pihak polis, Dujanah dan isteri dikatakan telah meninggal dunia kerana tersepit akibat pertembungan yang berlaku.

Tiga anak pasangan tersebut yang maut dalam kejadian adalah Nur Maghfirah, 6, Muhammad Abu Ajwad, 4 dan Nur Alia Humairah yang baru berusia tiga bulan. Ajwad dikatakan telah meninggal dunia di tempat kejadian, namun Maghfirah dan Alia sempat dikejarkan ke hospital sebelum meninggal dunia di Hospital Segamat. 

Q0
sumber: facebook
Q5
sumber: facebook

Pun begitu, seorang kanak-kanak berusia 3 tahun, anak ketiga pasangan tersebut yang bernama Nur Ghaziyah  Athirah masih dalam keadaan kritikal dan kini sedang mendapatkan rawatan lanjut di hospital yang sama.

Menurut Raub, siasatan mendapati bahawa permukaan jalan di lokasi kejadian basah disebabkan hujan lebat. Tempat itu juga berselekoh dan dalam keadaan menuruni bukit. Hal ini mungkin menjadi punca kemalangan, namun kesemua mangsa akan tetap dibedah siasat di Unit Forensik Hospital Segamat.

Q6
sumber: berita harian

Berikutan berita kemalangan ini, netizen tidak putus-putus menghulurkan ucapan takziah kepada keluarga yang terlibat. Masing-masing mengingatkan semua agar lebih berhati-hati terutama jika memandu dalam keadaan hujan. Ada juga yang lega kerana kemalangan tersebut tidak disebabkan oleh kenderaan lain.

“Salam takziah…semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,” ucap seorang netizen.

“Jalan licin…berhati-hati di musim hujan..periksa keadaan tayar anda.”

“Hati-hati memandu musim cuti sekolah ni kereta banyak.”

“Nasib baik bukan bas yang langgar, kalau tak habis kena kecam dan digelar pembunuh!” kata seorang netizen.

Sentiasa berhati-hati memandu kenderaan di musim hujan, musim cuti persekolahan dan apa-apa musim sekalipun. Al-Fatihah buat keluarga mangsa. 

Baca: “Tak dapat peluk cium buat kali terakhir” – Jasad Tiga Beradik Terkulai Atas Jalan Raya di Lenggong

Acc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.