Baru-baru ini, beberapa gambar dan video menunjukkan sebuah tanah mendap sehingga terhasil lubang besar atau sinkhole di atas jalan raya telah tular di mesia sosial.
Tambah mengerikan, satu video CCTV menunjukkan seorang penghantar makanan yang melalui jalan itu hampir jatuh ke dalam lubang tersebut sebelum sempat memberhentikan motosikal yang dibawanya itu.
https://twitter.com/redzuannewsmpb/status/1464883498909458434?s=21
Menurut Harian Metro, jalan raya yang terletak di laluan Jalan Teluk Likas, Kota Kinabalu ini disedari berlubang kira-kira jam 12 tengah hari semalam.
Menerusi ruangan komen, salah seorang netizen yang lalu jalan ini setiap hari mengatakan, ini kali ketiga perkara yang sama berlaku di jalan tersebut. Namun sehingga kini masih tak mengetahui punca sebenar kenapa lubang besar seperti itu sering berlaku.
Selepas menyedari keadaan jalan yang merbahaya itu, penduduk di sekitar kawasan itu telah pun mengambil langkah untuk menutup jalan tersebut buat sementara waktu serta Pengarah Kerja Raya Sabah Ir Ali Ahmad Hamid mengesahkan yang pihaknya akan mengambil tindakan segera.
Kita sudah mengambil tindakan segera mengenai kejadian ini dan syarikat konsesi Globinaco juga sudah diarahkan untuk meninjau keadaan di lokasi kejadian.
“Kita juga sudah memaklumkan perkara ini kepada Jabatan Perkhidmatan Pembentongan Sabah kerana lubang yang ada di kawasan itu adalah berikutan membabitkan aset pembentungan mereka.”