in

“Nanti saya minta maaf dengan Allah” – Ini Respon Nabila Huda Lepas Ditegur Isu Kucing ‘Pijak’ Al-Quran

Collage 71

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malam tadi, pelakon Nabila Huda ada kongsikan video dirinya sedang belajar mengaji secara online.


Video yang dimuat naik di Instagram peribadinya ini telah mendapat perhatian netizen lebih-lebih lagi ia menumpukan kepada reaksi Nabila yang sukar untuk teruskan pembacaannya bila kucing peliharaannya itu memijak Al-Quran yang sedang dibacanya.

Ekoran perkongsiannya ini, beberapa netizen telah menegur tindakan Nabila kerana membiarkan kucingnya itu berjalan di atas Al-Quran tanpa menghalangnya.

Screenshot 2021 06 25 At 1.48.02 Pm Down

Respon Nabila Huda

Selepas ditegur oleh netizen mengenai videonya itu, Nabila telah meminta maaf dan mengatakan yang dia masih belajar dan tak tahu bahawa perbuatan tersebut adalah salah.

Saya mintak maaf, saya pun tak tahu. Thank you for the info. Nanti saya mintak maaf dengan Allah dengan kesalahan saya dan kucing saya.”

Kerana respon yang diberikan oleh Nabila ini sangat baik dan menerima, ramai netizen yang memuji tindakan pelakon ini.

Screenshot 2021 06 25 At 1.55.51 Pm Down

Apa-apa pun, min salute Nabila tak malu nak tunjuk dia belajar mengaji walaupun si bulus sibuk nak mengacau.

 

Baca: “You ada apa? you got nothing” – Nabila Huda ‘Sound’ Netizen Yang Cakap Pasal Size Badan

Screenshot 2021 06 25 At 2.03.29 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.