Pada 8 Mac lalu, cukup 9 tahun tragedi kehilangan pesawat MH370 berlalu tanpa jawapan yang pasti apa yang sebenarnya berlaku kepada mangsa-mangsa nahas berkenaan.
Walaupun perkara ini sudah lama berlalu, namun kenangan dan rasa rindu ahli keluarga mangsa-mangsa yang terlibat masih mekar hingga sekarang.
Anak pramugara MH370 kongsi video kenangan dengan ayah
Baru-baru ini, anak perempuan pramugara MH370, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan bernama Iman ada memuat naik video di TikTok mengimbau kenanangannya bersama si ayah.
Dalam video tersebut, ia memaparkan beberapa throwback gambar si ayah bersamanya ketika kecil dan rakaman suara mangsa berjanji kepada anaknya ingin membawa berjalan-jalan ke Aquaria selepas pulang dari menaiki pesawat 12 jam lamanya.
@kokiluzzz 9 years already and your memories is still in my heart miss you <3 #mh370 #9years #loveyou #missyou #papa #bestfatherever
Hi Iman papa lagi… Nanti balik kita pergi Aquaria nak? Aquaria best tau! Ada fish banyak… Okay?
“Papa promise papa bawak Iman sana. Iman happy tak? Okay see you tomorrow morning!
“Bye Iman, Papa miss you too! I love you. Iman be a good girl tau! Jangan kacau mummy Papa fly 12 jam je.”
“When 12 jam became forever”
Video berkenaan telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang sebak melihat kerinduan anak mangsa terhadap bapanya yang hilang akibat nahas MH370 itu.
Iman juga ada menjelaskan, ‘janji’ bapanya itu sebenarnya telah ditunaikan namun kejadian MH370 itu berlaku beberapa bulan selepas itu.
Semoga ahli keluarga mangsa MH370 tabah hadapi dugaan yang menimpa.
Baca: “You mungkin tiada, tapi tak akan dilupaka” – Isteri Pramugara MH370 Kongsi Luahan Hati