in

“Nanti jangan beritahu mak eh” – Elly Ariffin Dedah Pernah Dicabul Oleh Seorang Ustaz

Ft Elly Dicabul Ustaz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wartawan dan selebriti Elly Ariffin mendedahkan yang dirinya pernah mengalami satu peristiwa hitam dalam hidup di mana dia pernah dicabul oleh seorang ustaz ketika berubat pada tahun 2022 dulu.

Katanya menerusi Hlive, Elly menjelaskan pada waktu itu dia memakai pakaian yang begitu tertutup iaitu sweater besar dan mengikat hoodie serta memakai seluar besar, kiranya tiada apa yang mendedahkan dan kelihatan agak ketat pada tubuh badan.


Artikel berkaitan : “Jangan bagitahu orang lain” – Mesej Ustaz ‘Umpan’ Murid Lelakinya Didedahkan Lepas Mangsa Tak Tahan Dicabul

Artikel berkaitan : Adik Beradik Buat Laporan Kemaluan Dipegang ‘Ustaz’ Semasa Jalani Rawatan Tradisional

Jelas Elly, ustaz tersebut dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan keluarganya dan mereka menaruh kepercayaan yang tinggi buat ustaz ini. Namun ketika dia berjumpa ustaz tersebut bersendirian, ini yang berlaku…

“Memang saya pakai 2 lapis, ada baju kat dalam sebenarnya, lepas masa berubat itu macam biasa lah, dia baca semua tu, dia bagi saya minum air yang saya bawa untuk dia bacakan, saya minumlah separuh.”

Jelas Elly dia berada dalam keadaan separa sedar setelah meminumnya sebelum merasa yang dirinya telah diraba oleh ustaz tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

“Di bahagian sulit lah, bahagian atas, bahagian bawah, saya rasa macam ish betul ke benda ni, kenapa macam ni? Sebab saya pernah tengok cara dia berubat orang lain sebelum ini, saya rasa tak ada lah sampai macam ni.”

Kata Elly, dalam kejadian itu, dia memejam matanya dan pelik kenapa dia rasa tak selesa dengan cara rawatan yang ustaz ini berikan, perkara tersebut telah membuatkan Elly untuk ‘bangun’ daripada ‘separa sedar’.

“Saya terus buka mata, bila saya pandang muka dia, muka dia macam tengah ghairah, masa tu saya tak boleh nak lawan terus, sebab masa tu saya seorang je, dia lelaki jadi saya tak tahu kekuatan dia sejauh mana.”

“Jadi apa yang saya buat, saya terpaksa perlahan-lahan tolak, saya macam… ustaz saya minta maaf, saya rasa dah ok, dia cuba nak sentuh lagi, sebenarnya masa tu dah 3 kali dia cuba sentuh tempat yang sama, dah skin to skin, tangan tu!”

Menyedari yang Elly sudah mula sedar, ustaz itu kelihatan terkejut sebelum disuruh untuk minum air yang ‘dibaca’ lagi. Elly pada waktu itu hanya ambil air tersebut dan hanya letak di bibir tanpa meminumnya.

“Dia cakap kat saya, Elly jangan cerita kat mak tau, pasal perubatan saya ni, sedangkan dia adalah ustaz keluarga kami, dalam 3 kali juga dia pesan, mula-mula masa saya sedar tu, lepastu masa saya nak ambil barang, lepas bila saya dekat luar rumah nak masuk dalam kereta dah.”

Min tak boleh bayangkan macam mana rasa trauma dia.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.