in

“Nampak ramai orang pakai tudung, tukar signboard halal” – Hati-hati Cuba Street Food di Korea, Ada ‘Babi’ Pun Cakap Halal

halalantoyyiban

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau pergi melancong ke luar negara, pastinya kita teringin nak merasa ‘local food’ di sana. Tapi bukan mudah nak cari yang halal sebab restoran mereka bukan macam di sini yang sudah awal-awal letak logo HALAL di hadapan kedai.

Bagi mereka yang pernah melancong ke Korea, korang mesti familiar dengan Myeongdong Street yang dikatakan banyak menjual makanan ‘halal’.


https://www.instagram.com/p/B3mIfrYnM1q/

Tapi di manakah kebenaran mengenai kehalalan makanan di sana, sebab baru-baru ni, ada netizen yang ternampak ‘taktik’ licik penjual sebuah stall ini yang menyalahgunakan label HALAL

 

“Bila dia nampak ramai orang pakai tudung, dia tukar signboard halal tapi bila nampak ramai tourist dari tempat lain…” 

Menerusi perkongsian video yang viral di Twitter, netizen ini sempat merakam gelagat seorang penjual yang katanya telah menaikkan signboard halal apabila ternampak ramai wanita bertudung di kawasan kedainya. 

Walau bagaimanapun, peniaga ini bertindak menurunkan semula signboard tersebut apabila terlihat tourist dari Filipina datang ke kedai tersebut pulak. Aik kenapa macam tu? 

Tambah netizen terbabit juga, mereka yang berkunjung ke Korea kenalah berhati-hati dalam mencuba street food di sana kerana ada peniaga mengambil kesempatan akan hal ini.

Ada salah satu kedai tu siap serve daging khinzir lagi tapi letak tanda halal di sana. Macam-macam! 

 

“Kesedaran orang kita bila makan kat overseas memang kurang. Pakat main beli je” 

Posting ini mendapat perhatian ramai netizen yang bersetuju bahawa makanan di Myeongdong Street tak semuanya halal dan kebanyakannya scam pelancong Muslim.

Jadi kalau nak ke sana, kenalah cakna bab memilih makanan ni. Tengok ingredients sama ada betul tak ada benda halal dan boleh dimakan. Jangan main beli je.

keharaman
Sumber: Twitter

Bagi admin, nak mencuba makanan locals boleh je. Tapi hati-hatilah dalam nak try tu sebab takut terkena macam kes kat atas ni. 

Baca: 5 Makanan Dibawah RM5 Yang Perlu Dicuba Jika Anda Melancong Ke Seoul, Korea!

korea

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.