Kes kemalangan di Malaysia semakin hari semakin meningkat. Banyak juga kes kemalangan berlaku di Malaysia ini yang disebabkan oleh kecuaian orang lain.
Tular di Facebook, satu rakaman dashcam sempat merakam detik-detik kemalangan yang melibatkan sebuah kereta Proton Persona dan sebuah motosikal.
Lebih mengejutkan, kereta Persona itu seolah-olah ‘sengaja’ menghimpit penunggang motosikal itu sebelum terpelanting ke bahu jalan bersama motosikalnya.
Menurut sumber, video kemalangan yang berdurasi 16 saat itu berlaku di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Tindakan pemandu kereta tersebut itu membuatkan penunggang nyaris dilanggar kenderaan lain yang berada di lorong tengah.
Lebih menyakitkan hati, pemandu kereta tersebut meneruskan perjalanannya tanpa menghiraukan apa yang sudah berlaku. Geramnya!..
Status pemandu kereta tersebut dan penunggang itu masih belum diketahui setakat ini.
Baca: [VIDEO] DAHSYAT! Kereta Tersepit Antara Dua Lori Selepas Dirempuh Daripada Belakang