in

Nak Uji Keberkesanan Vaksin, Sepanyol Anjur ‘Konsert’ Dihadiri 5,000 Orang Tanpa Social Distancing

Konsert

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sungguhpun ramai doktor serta pakar telah menjelaskan tentang kebaikan vaksin dan kepentingannya dalam melawan wabak COVID 19, masih ramai di antara kita yang ragu-ragu dengan vaksin ini.

Ada segelintir masyarakat juga berpendapat, vaksin ini tidak akan memberi kesan apapun kepada tubuh kita kerana walaupun sudah divaksin, masih ada juga individu yang boleh dijangkiti COVID 19.


Demi membuktikan keberkesanan vaksin, Sepanyol baru-baru ini telah mengadakan satu kajian ‘konsert percubaan’ yang dihadiri oleh 5,000 orang yang telah divaksin, lapor BBC.

117738782 Tv066463221

Konsert ini juga menurutnya, tidak mengamalkan sebarang ‘penjarakan sosial’ yang mana sebanyak 5,000 orang berkumpul dan duduk rapat-rapat antara satu sama lain. Pun begitu, mereka didapati hanya memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga.

Dalam tempoh 14 hari, hasil kajian tersebut mendapati hanya 6 orang saja yang didapati positif COVID 19 selepas menghadiri gig yang diadakan di Barcelona itu.

Malah 4 orang yang didapati positif itu pula rupanya mendapat jangkitan dari tempat lain dan bukannya dari konsert tersebut.

600X 1

Menurut penyelidik kajian itu, kadar jangkitan peserta yang menghadiri konsert adalah separuh daripada kadar jangkitan orang yang sama usia di Barcelona.

Tiada petanda yang menunjukkan berlaku jangkitan di majlis tersebut,” kata pakar penyakit berjangkit, Josep Maria Llibre dalam satu sidang media Selasa lepas.

Malah band yang terlibat dalam konsert itu juga berterima kasih kepada pihak penganjur dan penasihat saintifik yang terlibat dalam menjayakan majlis berkenaan.

Konsert itu juga katanya merupakan antara salah satu perhimpunan terbesar yang diadakan di Eropah semenjak pandemik COVID 19 berlaku, di mana pada saat-saat ini kebanyakan negara menolak untuk melakukan perhimpunan sebesar itu.

Dalam pada itu, kajian yang sama juga dilakukan di Netherlands pada Mac lepas yang mana dihadiri oleh 1,500 orang.

Harapnya ia beri petanda baik dunia akan pulih tidak lama lagi. 

Baca: “30 trak akan digunakan” – Kerajaan Bakal Laksana Pemberian Vaksin Guna Trak Bergerak, Mula di KL

Kj

Sumber: BBC
Sumber: Bloomberg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.