Macam yang korang tahu, hampir lima tahun ni kerajaan yang mentadbir negara telah bertukar sebanyak tiga kali. Bagi orang yang tak mengikuti sangat politik di negara ini, mungkin boleh keliru siapa parti kerajaan dan parti pembangkang.
Situasi ini dapat dilihat dari video yang dimuatnaik oleh Sinar Daily di Twitter menunjukkan peserta Dewi Remaja kelihatan terpinga-pinga dan keliru bila menjawab soalan yang diberikan oleh wartawan.
Ketika temubual ini, dapat dilihat wartawan telah tanyakan kepada peserta-peserta ini soalan yang boleh dikatakan mudah, iaitu namakan tiga parti pembangkang dan tiga parti yang mentadbir kerajaan persekutuan.
Adakah ketidakstabilan politik di negara ini membuatkan gadis-gadis ini keliru?
Has the country's political instability got these ladies confused? Watch what they have to say now!#DewiRemaja #PoliticallyFrank #Merdeka #Malaysia #Politics #BeautyWithBrains pic.twitter.com/2WDrUAV6Fh
— Sinar Daily (@sinardailymy) August 24, 2022
Kalau korang tengok video dekat atas ni, salah seorang dari peserta finalis ini telah menjawab soalan mengenai tiga parti pembangkang dengan memberikan jawapan, MUDA, PAS dan Barisan Nasional sebelum menukar jawapan terakhirnya kepada Pakatan Harapan.
Seorang lagi finalis Dewi Remaja yang menjawab bahawa kerajaan sekarang di bawah pimpinan Perikatan Nasional, Bersatu dan PAS sebelum kedua-dua mereka kelihatan keliru dengan jawapan yang diberikan.
Menerusi ruangan komen video ini, rata-rata netizen tak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh gadis-gadis ini kerana merasakan perkara ini merupakan pengetahuan asas.
Namun begitu, ada juga beberapa netizen yang tidak menyalahkan mereka malah salahkan politik negara yang tidak stabil dan juga faham dengan situasi bila dapat soalan secara spontan macam tu.
Apa pendapat korang bila tengok video ni?