in

“Pupuk rasa suka pergi masjid”- Kanak-kanak Di Turkiye Dibenarkan Main Dalam Masjid Lepas Tarawih

F1 Kanak Kanak Bermain Di Masjid Turkiye

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah masjid di Turkiye baru-baru ini telah menjadi perhatian ramai kerana kanak-kanak dibenarkan bermain bebas di dalam masjid itu selama setengah jam selepas selesai solat tarawih.


Perkongsian kanak-kanak dibenarkan bermain di masjid Turkiye itu telah dikongsikan oleh seorang lelaki, Mohamed Kamal di Facebook baru-baru ini.

Main Dalam Masjid

Dalam perkongsian itu juga, difahamkan, ruang khas untuk kanak-kanak itu membenarkan anak-anak jemaah bermain apa sahaja yang mereka mahu selama 30 minit selepas solat tarawih.

Seperti yang dapat kita lihat dalam gambar, mereka siap bermain bola lagi tau! 

Difahamkan juga, pihak masjid menyediakan seksyen bebas untuk kanak-kanak bermain di masjid kerana mahu kanak-kanak menganggap masjid seperti rumah mereka di samping mahu menggalakkan kanak-kanak rasa sayang dan suka datang ke rumah Allah.

Memandangkan mereka bermain selepas solat tarawih selesai, jadi tiada isu mengganggu jemaah yang sedang solat la kan.

Kalau ada masjid berdekatan rumah korang yang ada sediakan ruang khas untuk kanak-kanak bermain macam ni, boleh share di ruangan komen.

Sumber: Facebook Mohamed Kamal 

Baca: [VIDEO] Bergema Ayat Suci Di Times Square, Umat Islam New York Tunai Solat Tarawih Dapat Perhatian

Ft Tarawih New York

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.