• Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi

Lobak Merah

  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
Search
Follow us
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
Menu

Lobak Merah

Search
in Semasa

“Nak nangis tengok” – [VIDEO] Tak Cukup Peralatan Covid-19, Staf & Doktor Hospital di Sabah Terpaksa Jahit Sendiri PPE

by Sue Idris March 24, 2020, 3:55 pm

ShareTweet
Featured Ppe

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan peningkatan kes jangkitan Covid-19 setiap hari seperti yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia, banyak hospital kini terkesan dengan masalah kekurangan staf serta peralatan kelengkapan terutamanya Personal Protective Equipment (PPE).

Satu video viral di Twitter menunjukkan ramai staf Hospital Lahad Datu, Sabah berganding bahu untuk menjahit sendiri PPE di dalam sebuah bilik. Difahamkan selain jururawat dan pegawai perubatan, doktor-doktor pakar juga turun padang bertungkus lumus bagi pastikan peralatan itu siap untuk diberikan kepada staf yang bertugas di wad Covid-19.


https://twitter.com/twtmedic/status/1241696707298988032

 

Beberapa hospital di Sabah kekurangan peralatan

Menurut laporan, ternyata bukan hospital itu sahaja yang mengalami masalah kekurangan peralatan tetapi juga beberapa hospital lain di Sabah. Pembekalan peralatan perlindungan untuk petugas barisan hadapan yang merawat pesakit Covid-9 di Sabah kini berkurang dan doktor-doktor terpaksa buat keputusan untuk memohon bantuan orang awam.

Setiap hari, hospital menerima pesakit dan mereka yang bertugas terpaksa mencari inisiatif dan mereka sendiri peralatan perlindungan mereka sendiri. Melalui beberapa gambar, doktor di Tawau dan Kota Kinabalu dikatakan mengumpul bahan-bahan untuk mencipta topeng muka menggunakan span, tali regang, kain, plastik dan apa sahaja yang mereka boleh dapat.

Hosp1

Hosp2

 

Kerajaan beri sumbangan dana untuk tangani Covid-19

Hospital lain di Sabah yang kini juga terdesak memerlukan peralatan perlindungan diri adalah Hospital Queen Elizabeth, Hospital Tawau dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, Kota Kinabalu.

Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM500 juta untuk Kementerian Kesihatan Malaysia serta RM130 juta kepada setiap negeri bagi membantu dalam usaha tangani Covid-19 di negara ini.

Hosp3

Hosp4

Diharapkan, dana itu akan dapat membantu setiap hospital di semua negeri yang memerlukan peralatan, staf atau apa-apa sahaja dalam misi untuk melawan penularan wabak Covid-19 ini.

Baca: “Mereka HERO Malaysia!” – Kerajaan Salur RM500 Juta Untuk KKM & RM130 Juta Kepada Setiap Negeri

Kerajaan Peruntuk

Sumber: Sin Chew Daily
Sumber: Sin Chew Daily
Sumber: Sin Chew Daily
Sumber: Sin Chew Daily
ShareTweet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkini

  • Pelajar Tingkatan Satu Maut Dirempuh Guru

    “Saya maafkan” – Bapa Reda Anak Dir*mpuh Guru, Serah Kepada Polis Jalankan Siasatan

  • Syaz Ft 2026 04 13T121101.434

    “Tak fikir nyawa penumpang ke?” – Riba Wanita Ketika Bawa Bas, JPJ Siasat Pemandu Bas Ekspres

  • Syaz Ft 2026 04 13T105024.333

    “Semoga selamat sampai” – Kanak-Kanak Barcelona Hantar ‘Cinta’ Dalam Beg Sekolah Buat Rakan Sebaya Di Gaza

  • 40015E64 C04E 412F 99B0 1A88B9F01F97

    Pelajar Tingkatan Satu Maut Dirempuh Kereta Ketika Pakai Kasut Di Depan Surau Sekolah

  • Zulkifli Hasan

    Jangan ‘Share’ Suka Hati, Sebar Berita Palsu Boleh Jadi Dosa Jariah!

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • Freepik The Style Is Candid Image Photography With Natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

  • 5

    Gabungan Legenda dah Tiba!

  • Image

    AirAsia Diskaun Sehingga 33%

Siaran Akhbar

  • Collage 9

    Slim Chickens Kini Di Malaysia, Jenama Ayam Goreng Dari US Ini Sasar ‘Trend Fast-Casual’ Yang Makin Popular

  • Collage 7

    Harvey Norman Lancar Tilam Hilker V-Series Di Malaysia, Siap Ada 10,000 Spring & Teknologi Dari Jerman

  • Collage 8

    Kerjasama TikTok, Forum Kandungan dan PAGE Perkasa Ibu Bapa dalam Kesejahteraan Digital Remaja melalui #ThinkTwice Training

IKUTI KAMI

  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

Terkini

  • Masalah Kesihatan Andi Bernadee

    Berat Badan Susut, Andi Bernadee Dedah Dirinya Alami Penyakit Hipertiroid

  • Syaz Ft 2026 04 10T163258.781

    “Mahal gambar ni” – Bergambar Dengan Ina Naim & Suami, Mawi Dipuji Netizen

  • Collage 1

    Rasi Jiwa Live In KL: Malam ‘Healing’ Dengan Suara Penuh Perasaan Bersama Ghea Indrawari

  • Ft Norish Karman

    Gagal Hubungi Anak Sulung, Netizen Mula Was-was Dakwaan Norish Karman Sedang Kritikal

Sebahagian daripada network INFLUASIA. Copyright © 2026 Lobak Merah.

  • Hantar Artikel
  • Pengiklanan
  • Hubungi
  • Syarat Perkhidmatan
  • Privacy Policy
Back to Top
Close
  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube