in

Nak Makan Sedap Tapi Tak Nak Bayar Mahal? Ini 3 Kedai Korang Boleh Datang Makan Siap Dapat Duit Lagi!

Lalalala 1

Sekarang ini boleh dikatakan kedai-kedai makan tumbuh ibarat cendawan selepas hujan, masing-masing tampil dengan konsep dan kreativiti berbeza supaya mampu bersaing dalam pasaran.

Namun adakah semuanya mampu menyediakan makanan yang sedap dengan harga yang berpatutan?

Padahal dah selalu kita dengar orang merungut bila makan di kafe atau kedai tertentu macam kat bawah ni :

“Harga mahal padahal kedai biasa je”

“Kedai kemain hisptur tapi makanan baik makan kat umah lagi sedap”

“Kata viral sebab makanan sedap, tapi bila cuba hampeh”

So, daripada korang merungut tak tentu pasal tu baik admin kongsikan kedai makan yang super awesome dan sedap giler dengan harga yang murah!

 

Makan, bayar dan dapat rebat?

Sebelum admin dedahkan ‘kedai-kedai makan rahsia’ ini, meh sini admin bagitau kat korang macam mana nak dapatkan harga yang murah dekat tempat yang admin nak share ni.

Apa yang korang perlu ada hanyalah GrabPay daaaaannnnn….itu je!

Img 20190620 Wa0011
Sumber : grabpay

Cara-cara nak dapatkan rebat

  1. Order makanan
  2. Bayar guna GrabPay

Itu sahaja! Mudah kan…

Tapi korang kena make sure yang kedai makan korang pergi ada participate dengan GrabPay supaya boleh menikmati rebat sebanyak RM5.

Pastikan juga korang berbelanja RM10 ke atas supaya korang layak mendapatkan rebat tersebut.

 

Ini 3 Kedai Makan ‘Sedap Giler’ dengan harga yang terlajak murah , siap dapat rebat lagi!

Sekarang let’s check it out kedai mana yang menyajikan menu ‘sedap giler’ dengan harga yang ‘super awesome’ tu.

1. Kotak Malaysia

46980540 2141649656149672 289870448068395008 N
Sumber : facebook

Img 20190620 Wa0015

Takyah susah-susah pergi Indonesia kalau nak rasa keaslian makanan negara jiran tu, apa korang boleh buat ialah just pergi ke Kotak Malaysia yang terletak di Subang Jaya.

Selain makanan authentic Indonesia, Kotak turut menjual pelbagai manu istimewa lain seperti Udang Mentega, Nasi Gurih, Nasi Kucing dan banyak lagi yang pasti memenuhi citarasa tekak korang!

Lokasi : 7, Jalan SS 15/8B Subang Jaya

Waktu : Isnin hingga sabtu (12.00pm – 12.00am) / ahad (12.00pm – 10.00pm)

 

2. Kedai Kopi Malaya

Dd
Sumber : instagram

Img 20190620 Wa0037

Img 20190620 Wa0038

Melangkah masuk ke lokasi ini seolah-olah memberi anda bayangan berada pada zaman Malaya. Dekorasinya tampil dengan gaya klasik sesuai dengan hiasan jubin dan aturan dalaman yang sengaja dikekalkan bagi membawa ‘mood’ malaya kepada pelanggan.

Hidangan yang disajikan pula cukup istimewa membawa makna 1 Malaysia seperti kuih muih, terung sambal merah, ikan cencaru sumbat, nasi lemak ayam berempah, kari kepala ikan juga tidak ketinggalan pelbagai menu Baba dan Nyonya.

Lokasi : 97, Jalan SS21/37, Damansara Utama, Petaling Jaya, 47400 Selangor

Waktu : Isnin hingga ahad (8.00am – 9.00pm)

 

3. Buttermilk Kitchen

44664301 406386129895846 1872821812270727168 N
Sumber : facebook

62595740 524982101369581 3029184826927218688 N

62544083 524982251369566 7170094794230726656 N

Buat penggemar-penggemar masakan ‘Buttermilk’ , kalau korang nak cari kat mana tempat yang menyediakan menu ‘Buttermilk’ super lazat seolah-olah dimasak oleh ibu korang, admin cadangkan korang ke Buttermilk Kitchen ni.

But make sure korang dapat awal sebab menu dia selalu sold out! Antara menu yang popular ialah Buttermilk Chicken Rice, Curry Buttermilk Chicken dan banyak lagi.

Tapi jangan lupa try Salted Egg Buttermilk Chicken Chop kalau ke sini okay!

Lokasi : 9G, Jalan SS15/8B Subang Jaya

Waktu : Isnin hingga sabtu (11.30am – 10.00pm)

 

Lagi jimat kalau naik Grab, dapat RM5 Off!

Korang nak dapat penjimatan berganda? Kalau ya, apa kata korang menggunakan Grab untuk pergi ke kedai-kedai makan yang admin dah share kat atas tu.

Macam mana nak dapat ‘keistimewaan’ tu? Tengok bawah ni

Rebat RM5 bila bayar guna GrabPay + Rm5 off bila korang naik Grab ke sana dan guna promo code ‘GrabPayLM’

Wow! Berbaloi habis kannnnn…

Grapb

 

 

So apa tunggu lagi! Kalau korang berminat jangan lupa ke sini okay.