in

“Nak kawan pun tak boleh?” – Ini 7 Peraturan Sekolah Paling Pelik Yang Ada Di Seluruh Dunia

H2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mana-mana tempat kita pergi, mesti ada peraturan yang perlu dipatuhi termasuklah sekolah iaitu tempat kita menimba ilmu.

Syukurlah, peraturan sekolah dekat Malaysia ni tidaklah pelik dan masih boleh diikuti setiap warganya. Tapi, korang tahu tak ada sekolah lain dekat dunia ni mempunyai peraturan yang ketat malah pelik tau! Jadi, kalau nak tahu, korang boleh baca artikel min tulis ni sampai habis.


1. Tak boleh ada kawan rapat

Sekolah ni adalah tempat mula-mula kita kenal erti persahabatan. Tak dapat dinafikan, masa sekolahlah kita nak berseronok sambil belajar bersama kawan-kawan. Namun begitu, ia menjadi larangan di sebuah sekolah di United Kingdom (UK), Thomas’s Battersea yang melarang pelajarnya untuk mempunyai kawan rapat.

Menurut sekolah tersebut, peraturan itu dibuat bagi melindungi perasaan serta mengelakkan pelajarnya daripada mengalami trauma akibat putus hubungan antara kawan.

2. Tak boleh guna pen merah

H1

Seperti yang korang tahu, asal ada exam atau homework je, cikgu-cikgu akan tanda kertas korang dengan menggunakan pen merah. Tapi, macam mana nak tanda kalau pen merah pun tak boleh nak guna?

Itulah yang berlaku di sebuah sekolah di Cornwall, UK di mana guru-guru dilarang menggunakan pen merah untuk beri gred atau buat pembetulan pada kertas pelajar sebaliknya hanya pen hijau saja yang dibenarkan. Sebabnya, warna merah tu dikatakan sebagai warna yang negatif.

Selain tu, dorang juga digalakkan untuk memberi motivasi dan semangat kepada para pelajar dengan menulis komen positif pada kerja-kerja yang dihantar.

Artikel berkaitan: Ini 3 Peraturan Pelik & Tak Masuk Akal Kanye Tetapkan Untuk Isterinya Bianca Sensori

3. Tidur pada waktu tengah hari 

3Europics Cen 615300F546847

Bila nak dekat tengah hari, waktu itulah kita akan mula rasa mengantuk. Jadi, sebuah sekolah rendah di China ni membenarkan murid-muridnya untuk tidur pada waktu tersebut, siap boleh baring atas meja lagi!

Menurut salah sorang cikgu di situ, peraturan tersebut dibuat kerana pelajar tiada waktu yang cukup untuk berehat di rumah sebelum memulakan pelajaran semula pada pukul 2 petang. Ia juga telah dilaksanakan semenjak sekolah itu dibuka lagi.

Malah, ibu bapa pelajar turut bersetuju dengan peraturan ni kerana ia dapat membantu anak-anak dorang untuk berasa lebih segar pada waktu petang.

Kan best kalau Malaysia pun buat macam ni…

4. Hanya dibenarkan guna tandas tiga kali setiap semester

Tork Peakserve Students 46527C80523046A5C0B3B8E30581599A

Walaupun tandas ni tempat kita membuang namun, ianya menjadi keperluan sebab hampir setiap hari kita menggunakannya. Pun begitu, para pelajar di Sekolah Tinggi Taman Evergreen, Chicago hanya dibenarkan ke tandas sebanyak tiga kali je dalam setiap semester! Namun, peraturan tu hanya terpakai ketika waktu kelas saja.

Menurut pengetua sekolah tersebut, peraturan yang dibuat pada 2011 itu adalah bertujuan untuk mengelakkan pelajar daripada ponteng kelas dan memastikan dorang tak terlepas daripada waktu belajar yang berharga.

Artikel berkaitan: Haram Pakai Seluar Jeans, Ini 7 Peraturan Pelik Yang Diamalkan Di Korea Utara

5. Bersihkan kelas dan tandas sekolah sendiri 

1 10

Tak dapat disangkal lagi, masyarakat Jepun amat mementingkan kebersihan kawasan persekitaran. Buktinya, sejak zaman sekolah lagi, dorang telah diajar untuk membersihkan kelas dorang sendiri.

Malah, dorang juga dididik untuk menghidangkan makanan tengah hari dan membasuh bilik air sekolah bagi menjadikan dorang sebagai masyarakat bertanggungjawab bila dah besar nanti.

Dipercayai, ia juga telah menjadi tradisi di negara tu di mana dorang akan meluangkan 15 minit terakhir untuk membersihkan kawasan sekolah.

Sebenarnya, peraturan ni bukanlah pelik namun patut diamalkan sekolah lain kerana banyak manfaat yang dapat diperolehi.

6. Tak boleh angkat tangan dalam kelas 

Istockphoto 585609744 612X612 1

Sudah menjadi kebiasaan untuk kita angkat tangan dalam kelas untuk bertanyakan soalan ataupun menjawab soalan daripada cikgu. Akan tetapi, cara itu telah diharamkan di sebuah sekolah di Nottinghamshire disebabkan hanya pelajar yang sama je yang angkat tangan.

Kalau dekat Malaysia pun, asyik orang yang sama je yang jawab soalan dan itu menyebabkan pelajar lain tak termotivasi untuk belajar malah sesi pembelajaran pun langsung tak mencabar dorang. Jadi, peraturan tu dibuat bagi membuka peluang kepada murid-murid untuk menggalakkan  dorang mengambil bahagian dalam pembelajaran di kelas.

7. Tak boleh ada sentuhan fizikal 

Adobestock 157815580 1024X683 1

Ianya normal bagi manusia untuk melakukan sentuhan fizikal bersama rakan-rakan yang sama jantina seperti high-5, berpelukan, bersalaman dan sebagainya. Kadang-kadang, ianya juga berlaku secara semula jadi ketika sedang berseronok dengan kawan-kawan.

Namun, ia telah dilarang di beberapa buah sekolah di England dan Amerika Syarikat kerana dikhuatiri dapat menjejaskan pembelajaran murid-murid. Walaupun ditentang ibu bapa namun, peraturan ni ada juga kebaikannya di mana ia mampu menghalang pelajar daripada menjadi mangsa buli.

Sumber: ScoopWhoop, IndiaTimes

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.