Dah jadi adat, sebagai individu yang dikenali dan mempunyai kuasa pasti ada pihak yang menyokong dan ada pihak yang menentang.
Lebih-lebih lagi kalau terlibat dalam arena politik yang sememangnya panas dan memerlukan kekuatan mental dan fizikal, cuma tak salah kalau nak provok tapi biar berpada.
Terbaru, Menteri Belia Dan Sukan yang juga Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dikatakan telah diserang sekumpulan pemuda..hah! pulok dah.
Kejadian serangan itu dikatakan berlaku di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Semenyih pagi tadi iaitu di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) , melibatkan penyokong Barisan Nasional (BN).
Mesti korang nak tau apa sebenarnya yang terjadi kan? Baca perkongsian Syed Saddiq di instagram beliau.
Syed Saddiq kena serang sekumpulan pemuda!
Nak caci saya “Babi” “Bangsat” “Bodoh” “hancing”, saya tetap akan hormati, kerana itu hak saudara. Tetapi kalau sampai nak guna serangan fizikal, that’s too much!
https://www.instagram.com/p/Bt7fiuSF44v/
Menerusi video tersebut korang boleh nampak yang Syed Saddiq dikerumuni dan ‘diserang’ ketika melewati satu kawasan yang dipenuhi penyokong BN.
Malah dalam kapsyennya, Ahli Parlimen Muar itu turut menyelar tindakan serangan berbentuk fizikal itu sebagai melampau..Betul lah tu, nak provokasi pun jangan sampai serang fizikal.
Status tersebut telah mendapat lebih setengah juta views di instagram sejak ia dimuatnaik pada tengahari tadi.
Malah kes tersebut bukan sahaja kecoh di media arus perdana, malah turut viral di media sosial.
Malah Syed Saddiq dikatakan telah membuat satu laporan polis berkaitan kejadian serangan itu di Balai Polis Sungai Way pada jam 2 petang tadi.
Admin tak memihak siapa-siapa, tapi kalau marah macam mana pun tak perlu sampai naik tangan, apa guna undang-undang kan?