Tekanan atau depresi ni adalah perkara yang serius dan tak boleh dibuat main. Kalau terlampau stress sangat, ada sesetengah orang nak ambil jalan mudah je dengan bunuh diri! Allahuakhbar…
Perkara ni lah yang berlaku kepada seorang ibu yang dikatakan terlampau stress akibat ditimpa dengan pelbagai masalah. Dalam satu perkongsian di Facebook, seorang wanita dikatakan ingin membunuh diri bersama dua anaknya dekat Jambatan Peserai, Batu Pahat, Johor. Aduhai!
Menurut sumber, wanita tu dikatakan memberhentikan kereta Proton Saganya di laluan motosikal sampai sebabkan kesesakan lalulintas di area jambatan tu. Curiga dengan apa yang berlaku, orang sekeliling pun cuba bantu mangsa yang kelihatan lemah gila bersama anak-anak.
Ceritanya mangsa ni rupa-rupanya tengah stress dengan husband dia! Si suami dikatakan dah off handphone sejak jam 12.00 tengah hari yang membuatkan mangsa stress sebab tak dapat-dapat call suami dia. Lebih memburukkan keadaan, dia pulak baru kena marah dengan Pengetua Sekolah.
Mangsa katanya nak extend cuti satu hari lagi, tapi tup-tup Pengetua panggil dia “useless girl” pulak. Sebelum ni pun mangsa memang mintak nak tukar sekolah di daerah Batu Pahat sebab kampung dia dan suami kat sana, tapi Pengetua tak izinkan.
Selain daripada tu, masalah kewangan jugak jadi punca mangsa alami depresi. Dia sekeluarga dah dihalau pemilik sewa di JB sebab gagal nak bayar tunggakan sewa selama 2 bulan yang berjumlah RM1,000.
Macam mana pun lepas disoal siasat, mangsa akui yang dia tak ada niat nak bunuh diri sebab teringat ada dua orang anak yang masih kecil. Dia hanya berdiri kat atas jambatan tu sebab buntu serta berharap suaminya datang ke situ untuk tenangkannya.
Mangsa kemudian dinasihatkan balik dengan keluarga dulu sebab masih dalam keadaan tak stabil dan polis akan rakam keterangannya bila semuanya dah okay.
Posting ni telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasib mangsa. Harap-harap keluarga tak tambahkan stress wanita ni dan beri dia banyak sokongan.
Lebih elok kita jangan kecam mengecam akan tindakan mangsa. Tak ada siapa tahu betapa stressnya wanita ni hadapi semua masalah sorang-sorang. Be strong sis!
Baca: “Saya bukan anak yang baik” – Lelaki Tinggal Nota Sebelum Bunuh Diri di Rumah Ibadat