Disaat ramai pelajat IPT yang bengang dan ingin pulang kerana tidak dibenarkan keluar berikutan dengan PKP, pelajar yang dikenali sebagai Ammar pula akur dengan perintah terserbut.
Sebagai generasi muda dia akui golongan yang sezaman dengan dia ini memang agak ‘manja’.
Kesihatan mental
Dia berani berkata perkara sedemikian kerana mengaku dirinya menghidap masalah mental, teruknya sampai ketahap pernah terdengar suara untuk terjun bangunan.
Tujuan dia menceritakan perkara ini adalah kerana ada seorang pelajar yang lantang menzahirkan pendapat kerana bimbang dengan kesihatan mental mereka.
Untaian yang telah meraih 9.7K retweets itu telah membuatkan Ammar sendiri terpanggil untuk memberikan pendapatnya. Bagi Ammar, kesihatan mental itu bukan alasan memandangkan dia sendiri penghidap penyakit mental dan mempunyai surat pengesahan.
Dia akui kesihatan mental itu penting tetapiada bermacam-macam inisiatif lain yang boleh dilakukan bagi membendung dan menjaga kesihatan itu. Tambahnya lagi waktu wabak ini juga sama seperti waktu perang dimana kita semua harus jaga diri.
Korang tak special pun. Nak berlumba kebodohan dengan kluster kayangan ke cane.”
Tambahnya lagi pihak universiti menjaga kebajikan pelajar-pelajar mereka. Selain makanan kidmat kaunselor dengan psikiatris pun ada.
Bagaimanapun dia sendiri akui yang dia juga ingin pulang ke pangkuan keluarga namun dia akaui untuk kuarantinkan diri dan tunggus ehingga wabak reda.
Dia macam ni tau. Aku ni ada diagnosis penyakit mental. Surat ada, kena tahan wad pun pernah. Dengar suara suruh aku terjun bangunan pun pernah.
Tapi tu la, bila tengok tweet macam ni, betul la orang cakap. Budak generasi aku ni suka betul buat teruk. https://t.co/OuzdJiebEi
— ammardathinker (@ammardathinker) April 13, 2020
Rata-rata netizen yang 2.7 retweets bebenang ini ebrsetuju dengan pendapatnya, ini adalah demi kebaikan mereka sendiri.