in

Nak Bercuti Tapi Nak Jimat? Ini Antara 12 Money Changer Paling Murah di KL Dan Selangor

Kokokoo

Trend untuk travel dan melawati tempat-tempat menarik dalam mahupun luar negara semakin hari semakin digemari ramai. Jika hendak bercuti ke luar negara, perkara pertama yang difikirkan sudah pastinya nilai matawang yang berbeza.

Apabila hendak tukar wang, di mana pula money changer yang paling murah? Dengan nilai matawang Malaysia yang tidak stabil, ramai tercari-cari money changer yang menawarkan kadar tukaran wang dengan harga berpatutan.

Jangan bimbang! Berikut kami senaraikan 12 money changer yang menawarkan kadar tukaran antara yang termurah di Kuala Lumpur dan Selangor berdasarkan perkongsian satu akaun di Facebook.

 

1. My Money Master

My Money Master ini sudah menjadi buah mulut ramai kerana dikatakan mempunyai kadar tukaran wang di antara yang termurah di Kuala Lumpur dan Selangor. Pelanggan yang beratur di lokasi ini selalunya tersangat ramai. Empat atau lima kaunter akan dibuka mengikut keadaan semasa. Ia terletak di tepi San Francisco Coffee.

Lokasi: Mid Valley – LG040 Centre Court

No. Talian: 1800-22-3030 

1 9
sumber: foursquare

 

2. MV Forex

MV Forex ni hanya terletak di sebelah My Money Master sahaja. Kadar tukarannya agak murah dan sering dipenuhi dengan pelanggan yang mahu menukar matawang. Namun, kaunter yang dibuka agak sedikit berbanding dengan My Money Master.

Lokasi: Mid Valley – LG042 Centre Court

No. Talian: 03-22844000

2 2
sumber: yelp

 

3. Jalinan Duta

Cawangan Jalinan Duta juga boleh didapati di KL Sentral. Tidak jauh dari Nu Sentral tetapi kadar tukaran yang ditawarkan sedikit berbeza. Anda perlu semak dahulu kerana kebiasaannya kadar tukaran wang di cawangan Nu Sentral ini lebih murah berbanding di cawangan KL Sentral.

Lokasi: Nu Sentral – LG47A Lower Ground

No. Talian: 03-22766166

3 4
sumber: jalinan duta

 

4. Global Millennium Trading (GMT)

Jika anda berada berdekatan dengan kawasan Kajang, Bangi atau Putrajaya, memang berbaloi kalau menukar duit ringgit anda di sini. Parking di kawasan ini juga agak murah dan kurang sesak berbanding di Mid Valley.

Lokasi: IOI City Mall – No 43C Lower Ground Floor

No. Talian: 03-89499690

4 1
sumber: wanderlustdj

 

5. Visionary Creation Sdn Bhd

Visionary Creation ini hanya terletak bersebelahan dengan GMT sahaja. Kadar tukaran wang yang ditawarkan juga tidak banyak berbeza dengan GMT. Namun ramai yang lebih suka memilih GMT kerana khabarnya Visionary Creation kurang wang note yang kecil.

Lokasi: IOI City Mall – LG 34B Lower Ground Floor

No. Talian: 03-89538652

5 4
sumber: wanderlustdj

 

6. Vital Rate

Terdapat banyak cawangan Vital Rate yang lain selain di Pavillion Mall. Antaranya adalah di Suria KLCC, Plaza Sungei Wang dan KL Sentral. Pun begitu, kadar tukaran di cawangan Pavilion Mall dikatakan yang paling murah.

Lokasi: Pavilion Mall KL – Lot 1.24.00 Level 1

No. Talian: 03-20319896

6 1
sumber: opencity

 

7. Spectrum Forex

Bagi sesiapa yang tinggal mahupun bekerja berdekatan dengan bandar Sunway, lawatilah money changer ini kerana cawangan ini dikatakan menawarkan kadar tukaran wang antara yang terbaik dan termurah.

Lokasi: Sunway Pyramid – LG2-61 Lower Ground 2

No. Talian: Call 03-74922070

7
sumber: blog

 

8. Max Money

Terdapat beberapa cawangan Max Money selain di sini. Antaranya adalah cawangan Maluri, Mid Valley dan Port Klang.

Lokasi: Sungei Wang – Plaza Sungei Wang LG 153

No. Talian: 03-21426000

8 1
sumber: yelp

 

9. Sky Xchange 

Ini antara money changer yang dikatakan terbaik di Jalan Masjid India. Bolehlah cuba ke cawangan ini jika anda tinggal berdekatan.

Lokasi: Jalan Masjid India – 1002-A, Ground Floor

No. Talian: 03-26933400

9
sumber: klmoneychanger

 

10. NS Cashpoint

Ini antara money changer terbaik di kawasan Sentul dan Gombak. NS Cashpoint juga merupakan money changer kegemaran ramai kerana banyak menyediakan note kecil.

Lokasi: Sentul – Sentul Boulevard No 6 Ground floor

No. Talian: 03-40455989

10
sumber: lbn

 

11. Antara Duit

Outlet Antara Duit lama yang terletak di Ampang Park sudah pun ditutup. Kadar tukaran yang ditawarkan adalah antara yang termurah di kawasan Segi Tiga Emas dan berdekatan KLCC.

Lokasi: Avenue K – C7, Concourse Level, Avenue K Mall

No. Talian: 03-21611222

11 1
sumber: blog

 

12. Yusul Enterprise

Bagi sesiapa yang tinggal atau bekerja di kawasan Kepong, anda boleh ke Tesco Kepong dan lawati money changer di sini. Kadar tukaran wang di sini agak murah dan tidak ramai pengunjung seperti di money changer Mid Valley.

Lokasi: Tesco Village Mall – Lot SB41, LG1 Carpark, Menjalara

No. Talian: 03-62747690

12
sumber: blog

Waaaah, boleh la cuba kunjungi money changer ini pula nanti!

Baca: 6 Negara Ideal Untuk Destinasi Percutian Bajet Tidak Diketahui Ramai

Koko 1