in

“Nak bagi semua orang tengok ke”- Ramai Hairan Lihat ATM Paparkan Skrin Di Bahagian Atas Mesin

Ft Atm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebiasaanya bila tiba masanya untuk keluarkan duit di mesin keluar duit (ATM), ramai akan lebih selesa menggunakan mesin yang tidak digunakan oleh ramai orang.


Bukan sahaja dapat jimatkan masa daripada beratur panjang, malah kurang la perasaan diperhatikan oleh orang-orang dibelakang nanti.

Ye lah, semua orang mahukan privacykan?

Tapi jangan haraplah untuk dapatkan privasi kalau korang terpaksa gunakan mesin ATM ni.

 

“Memang nak bagi orang tengok ke?”

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh satu akaun Twitter milik @wapres2024, mesin ATM yang disediakan di satu kawasan di Indonesia ini menarik perhatian ramai.

Manakan tidak, biasanya skrin paparan hanya dilihat oleh pengguna sahaja, tapi lain pula dengan ‘teknologi’ baru ini. 

Video ini menunjukkan skrin paparan bagi ATM mesin ini diletakkan di bahagian atas mesin, dan boleh dilihat oleh orang yang berada di sekitarnya. 

Ini bukan tipu ya, mesin ini memang betul-betul wujud.

Bagaimanapun menerusi akaun Twitter Bank Central Asia (BCA), mereka menjelaskan bahawqa mesin ATM tersebut sudah diperbaiki dan boleh digunakan seperti biasa semula.

Yang menarik perhatiannya, rata-rata netizen lebih mementingkan soal baki akaun yang dapat dilihat umum berbanding perihal keselamatan yang sepatutnya diutamakan.

 

 

Capture

 

Kalau min la kena macam ni, min cari ATM lain je la. Malu juga kalau orang tengok balance nanti…

Baca : Guna Bahasa Ibunda Dalam Laman Rasmi, Apple Indonesia Dipuji Netizen

Ca

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.