in

“Nak baca sampai habis pun seram” – Besi Tusuk Mata Kanak-kanak, Niat Nak Bantu Ayah Bertukar Tragedi

Feature 2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP), mungkin ramai kanak-kanak yang suka membantu ibu bapa melakukan pekerjaan rumah seperti membasuh kereta dan mengemas rumah. Bagus tu, boleh isi masa lapang kan.

Namun, kali ini niat baik seorang kanak-kanak lelaki bertukar mimpi ngeri apabila matanya tertusuk besi ketika mahu membantu ayahnya menukar tayar kereta, lapor Berita Harian.


Eksiden 1

Kejadian yang berlaku di Jalan Bayam, Kota Bharu, Kelantan itu terjadi apabila kanak-kanak itu mahu mengambil tayar ganti kereta jenis MPV Proton Exora ayahnya.

Besi pemegang tayar ganti tersebut tertusuk pada mata kanak-kanak yang berusia 10 tahun  terbabit.

Pihak Bomba dan Penyelamat Kota Bharu mendapati kanak-kanak itu berada di bawah bahagian belakang kereta dan besi itu tertusuk mata kanannya kira-kira satu inci.

Sembilan anggota bomba berjaya memotong besi itu setelah satu jam. Difahamkan, mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) dengan besi masih melekat pada matanya. Kesiannya adik ni. 

Yang kagumnya, kanak-kanak tersebut tidak menangis atau merengek ketika proses menyelamatkannya. Memang adik ni kuat semangat. 

Kita doakan semoga adik ini cepat sembuh dan dapat meneruskan kehidupannya seperti biasa secepat yang mungkin. 

 

Baca: Gara-gara Betulkan Samping, Muka Remaja Tertusuk Besi Kerana Terjatuh Longkang

Eksiden

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.