Baru-baru ini kecoh tentang ‘perang’ melibatkan beberapa selebriti sehingga tular di media sosial. Tapi ingatkan akan berakhir, rupanya tak bila kes ini sehingga melibatkan pihak polis.
Terbaru laporan polis dikatakan dibuat oleh beberapa selebriti ke atas Zarina Anjoulie kerana didakwa Anjoulie telah ‘memporak-perandakan’ industri seni tanah air.
Sehubungan itu Anjoulie tampil sekali lagi dan memuat naik video responnya tentang tersebut di laman sosial miliknya.
https://www.facebook.com/anjufanspages/videos/3705053939536361/
Anjoulie meluahkan kekecewaan kerana selebriti berkaitan tidak bersemuka dan menghubunginya untuk meminta maaf.
Korang yang kantoikan diri sendiri” – Zarina Anjoulie
Video ini telah meraih 8.8K like dan 1.9K komen, rata-rata menyokong atas tindakan Anjoulie.
Segelintir netizen berpendapat, Zarina Anjoulie tidak perlu minta maaf malah mereka yang seharusnya minta maaf kepada netizen.
Harap agar perkara ini tidak berpanjangan, maaf-bermaafan kan sifat yang mulia.
Baca: “Itu fakta!” – Lantang Tempelak Artis Minta Bantuan, Golongan Artis Sepakat Kecam Zarina Anjoulie?