Setelah berteka-teki dua tiga hari ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028.
Perkara ini dimaklumkan menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 hari ini.
Menurut Kosmo, kenyataan itu memaklumkan bahawa sebanyak lima kertas pengampunan termasuk permohonan daripada Najib telah dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan tersebut yang dipengerusikan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda AI-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Artikel berkaitan: “Tikar sejadah menjadi teman” – Najib Razak Nukilkan Sebuah Puisi Lepas Setahun Dalam Penjara
Artikel berkaitan: Cayalah! Najib Razak Bercadang Nak Sambung PhD, Sudah Buat Permohonan
BREAKING NEWS | The Pardons Board approved the application by former PM Najib Razak and to half his jail sentence and fine. It is agreed that he will be released earlier on Aug 23, 2028 and the fine is reduced from 210 million ringgit to 50 million ringgit. If the fine is unpaid,… pic.twitter.com/g5cmeDU6Xw
— Norman Goh (@imnormgoh) February 2, 2024
Setelah menimbangkan pendapat dan nasihat, Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 telah memutuskan hukuman ke atas Najib diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman dan denda yang perlu dibayar.
“Oleh yang demikian, Najib dipersetujui untuk dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu pada 23 Ogos 2028 dan denda yang perlu dibayar sebanyak RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta,” tulisnya.
Namun menurut kenyataan itu, sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara bagi Najib akan ditambah selama setahun di mana tarikh pembebasan beliau adalah pada 23 Ogos 2029.