Pasti ramai ahli kumpulan konvoi bersorak gembira apabila Perdana Menteri mengumumkan aktiviti berkonvoi dibenarkan didalam tempoh Perintah Kawalan PergerakanPemulihan (PKPP).
Sudah pasti antara destinasi kegemaran mereka untuk berkumpul adalah Genting Highland.
Tetapi, viral di media sosial satu video yang memaparkan seorang anggota polis bantuan Genting Highland yang menyatakan bahawa pihak pengurusan tidak lagi membenarkan mana-mana kumpulan kereta mahupun motosikal yang berkonvoi untuk menaiki kawasan terbabit..eh kenapa pula.
"Buat masa sekarang ni, pihak management Genting Highlands tak benarkan mana-mana grup konvoi: motorsikal, superbike, atau motor kapcai ataupun kereta-kereta sport, melalui ataupun berkunjung ke Genting Highlands. Atas faktor: ada grup-grup yang naik ke atas, dah buat kecoh." pic.twitter.com/FnJJCQRitm
— RimauXI ?? (@RimauXI) July 5, 2020
Video yang berdurasi 50 saat itu menunjukkan anggota polis bantuan berkenaan menjelaskan bahawa bagi mereka yang datang secara berkumpulan ataupun konvoi tidak lagi dibenarkan melalui mahupun berkunjung ke Genting Highland.
Peraturan itu termasuk bagi semua jenis motosikal ataupun kereta tidak mengira jenis berkuasa tinggi ataupun tidak.
Sering mengganggu pengujung lain dan buat kecoh.
Pentadbir Polis Bantuan Genting Highland, Iwan juga mengesahkan kesahihan video tersebut. Menurutnya, peraturan baru itu telah dilaksanakan sejak 25 Jun yang lalu. Namun, tempoh berakhirnya peraturan itu masih belum dapat dipastikan.
Peraturan baru itu ditetapkan kerana kumpulan-kumpulan itu dikatakan berlumba sebelum sampai ke puncak serta sering mengganggu ketenteraman dan keselamatan awam. Selain itu sesetengah individu dari kumpulan itu dikatakan menggangu pengunjung lain dan sentiasa memenuhi ruang lobi hotel untuk melepak.
Baca: “Aiyok! Dah Tak Boleh Ride” – Kebenaran Aktiviti Berkonvoi Mungkin Ditarik Jika Gagal Mengikut Sop