in

“Nafkah batin yang penting” – Ditanya Dapat Berapa Nafkah, Ini Jawapan Padu Dari Ina Naim

Ina Naim Nafkah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak mendirikan rumah tangga, pasangan pengantin baru, Ina Naim dan Mohd Khairul Rizal sering mendapat perhatian netizen yang suka melihat kebahagian mereka.

Terbaru, Ina dan suaminya dilihat muncul dalam satu video TikTok milik Aliff Syukri yang bertanya berkenaan nilai nafkah yang diperolehinya daripada suami.


Ina 1

Artikel berkaitan: “Bahagia nampak Ina” – 22K ‘Join’ Live Ina Naim & Suami Di TikTok, Ramai Puji Kemesraan Pengantin Baru

Artikel berkaitan: [VIDEO] Ina Naim Sah Bernikah Dengan Mohd Khairul Rizal, Terima Wang Hantaran RM7,000

Nafkah ikut kemampuan suami – Ina Naim 

Menurut Ina atau nama sebenarnya, Nordiana Mohd Naim, dia tidak begitu mementingkan nilai nafkah tersebut dan lebih mengutamakan seorang suami yang boleh menjaga dia dan anak-anak dengan baik.

Sebenarnya yang penting dia jaga saya dan anak-anak dengan elok, beri pendidikan dan yang paling penting dia sayang saya selalu. 

“Untuk nafkah yang batin penting, yang zahir kita tengok kemampuan,” katanya.

@papalarisofficial

Baik betul ina ni.. tak kisah pun pasal nafkah patutlah senang dapat jodoh..

♬ Very cute melody by marimba tone(39813) – Mitsu Sound

Bila ditanya mengenai soal pemberian duit raya, Ina menjawab suami tidak wajib memberinya kerana ia dikira sebagai hadiah.

Duit raya tak termasuk dalam nafkah. Ia adalah hadiah daripada suami,” katanya lagi.

Video berkenaan telah mendapat pelbagai komen positif netizen yang memuji Ina sebagai isteri yang solehah dan mendoakan semoga hubungannya dengan suami kedua ini berkekalan hingga ke jannah.

Sabar

Makin berseri-seri Ina Naim lepas kembali bergelar isteri ye. Semoga bahagia bersama suami dan anak-anak. 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.