in

Nabila Razali Selamat Disatukan Dengan Lelaki Pilihan, Nik Iruwan

F2 Nabila Razali Kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial tentang khabar angin penyanyi, Nabila Razali bakal berkahwin pada Isnin lalu, namun sebenarnya, penyanyi yang berusia 31 tahun itu baru saja disatukan dengan lelaki pilihannya, Nik Iruwan pada jam 10.11 pagi tadi.

Memetik laporan Harian Metro, Nabila selamat disatukan dengan jejaka pilihannya itu hanya dengan sekali lafaz.


4 1 1

Difahamkan, Nik Iruwan yang juga merupakan seorang ahli perniagaan telah memberikan mas kahwin sebanyak RM22.50 kepada Nabila.

Majlis perkahwinan kedua-dua pasangan mempelai ini telah diadakan di The Chateau Spa & Wellness Resort, Bukit Tinggi, Pahang.

Artikel Berkaitan: Buat Lawak Sindir Tak Boleh Nyanyi Live, Isteri Atu Mohon Maaf Pada Nabila Razali

Artikel Berkaitan: Nabila Razali Buat Gimik Kahwin Lagi, Netizen Dah Agak Mesti Nak ‘Promote’ Lagu Baharu

Difahamkan juga, majlis itu diadakan secara tertutup, jadi hanya dihadiri oleh 250 tetamu sahaja.

Nabila mengatakan dia bersyukur kerana majlis pernikahannya dan suami berjalan lancar seperti yang dirancang.

Tahniah kepada Nabila & suami! Selamat melayari bahtera rumah tangga.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.