in

“My Husband” – Foto ‘Mesra’ Dengan Gadis Ukraine Tersebar, Betul Ke Zul Ariffin Dah Berkahwin?

zultanya

Tergempar! Hero kegilaan gadis-gadis Malaysia, Zul Ariffin dah berkahwin? Biaq betul!? 

Menerusi perkongsian Instagram @makcik_puaka, admin IG ni post beberapa screenshot instastory seorang gadis Ukraine ni sedang menikmati ‘quality time’ bersama aktor sado tersebut.

puaka 1
Sumber: Instagram
puaka 4
Sumber: Instagram

 

Tulis caption ‘My Husband’ 

Bagi korang yang selalu ikuti perkembangan pelakon kacak ini, korang mesti ingat kan yang tahun lepas Zul juga pernah terpalit kontroversi bermesraan dengan gadis Ukraine yang sama!

Tapi yang jadi persoalan admin sekarang ialah caption yang ditulis gadis bernama Tanya Glembotska ini yang merujuk Zul sebagai ‘my husband’. 

puaka 7
Sumber: Instagram

“Today we have a …. holiday and I want to say thanks to my husband. I am very happy with you” 

Panas! 

 

Instagram ‘isteri Zul’ tersebar, kini sedang bercuti di Thailand

Berikutan tersebarnya gambar tersebut, Instagram Tanya jugak viral dan mendapat perhatian ramai netizen. Zul pun follow Instagram ni tau!

puaka 5
Sumber: Instagram

Difahamkan juga, Zul Ariffin kini sedang bercuti di Thailand menerusi gambar yang dikongsikan di Instagramnya itu.

https://www.instagram.com/p/BscfPPBBWPG/

https://www.instagram.com/p/BscJ9M1h8AL/

https://www.instagram.com/p/BsZnIM2hwvE/

Apa-apapun admin rasa kita janganlah buat spekulasi terlebih dahulu kerana mungkin gadis itu boleh jadi rakan rapat Zul aje kan? Lebih baik kita tunggu penjelasan lanjut daripada empunya badan sendiri.

Kalau dah berkahwin, admin ucapkan tahniah dan selamat berbahagia ye. Punahlah harapan gadis-gadis kat Malaysia ni. Muehehe! 

Baca: Zul Ariffin Muat Naik Gambar Separuh Bogel Pulak?

zul