Semalam kecoh di Twitter tentang seorang TikToker yang popular dengan konten food review yang dikatakan telah melanggar kontrak syarikat pengurusannya.
Kisah bermula apabila TikToker wanita itu mendakwa kepada para pengikutnya bahawa dia terpaksa membuat akaun TikTok baru kerana akaun TikToknya yang lama telah digodam.
Dakwaan itu dibuat menerusi Live di TikTok barunya beberapa hari lepas.
Namun, syarikat pengurusan yang bekerjasama dengan TikToker tersebut kemudiannya tampil membuat video penjelasan tentang dakwaan wanita tersebut.
Untuk pengetahuan anda, syarikat tersebut merupakan sebuah syarikat agensi media (seperti syarikat agensi pengiklanan atau pemasaran digital) di mana mereka akan menguruskan client TikTokers tersebut.
Dalam video penjelasan tersebut, syarikat berkenaan menjelaskan bahawa sebenarnya akaun TikTok lama yang digunakan oleh TikToker tersebut merupakan milik syarikat kerana telah diuruskan oleh mereka.
Bukan itu sahaja, kereta mewah yang tampil dalam setiap video TikTok wanita berkenaan juga telah disewa oleh pihak syarikat.
Tagline yang digunakan oleh TikToker tersebut dalam setiap video review yang dilakukan olehnya juga merupakan idea daripada syarikat.
Difahamkan, video review yang dikongsikan di TikTok lama wanita itu juga telah dirakam dan diedit oleh videographer khas yang bekerja bersama syarikat itu.
Menurut syarikat itu, setelah 10 bulan bekerja dengan syarikat itu sebagai TikToker dan telah memiliki pengikut yang semakin ramai, wanita tersebut tiba-tiba memaklumkan kepada pihak syarikat bahawa dia tidak lagi mampu untuk membuat video review makanan kerana dirinya hamil.
Syarikat itu kemudiannya tidak memaksa TikToker itu untuk terus bekerja kerana faham dengan situasi wanita itu.
Namun, dalam masa yang sama, pihak syarikat itu terpaksa menanggung kerugian kerana TikToker berkenaan tidak dapat membuat food review lagi.
Apa yang membuat isu ini panas ialah TikToker berkenaan telah membuka akaun TikTok baru selepas memberitahu syarikat bahawa dia hamil.
Dia juga mendakwa kepada pengikutnya bahawa akaun TikTok lama itu telah digodam, sedangkan menurut syarikat pula, akaun itu bukanlah milik TikToker itu pun kerana ia diuruskan syarikat.
Dia juga dikatakan telah menerima tawaran kerja lain dan turut membuat konten di akaun TikTok barunya berbanding akaun yang diuruskan syarikat.
Ini kemudiannya telah menyebabkan akaun TikTok asal yang digunakan oleh wanita terbabit telah diambil semula oleh syarikat tersebut kerana dia telah melanggar kontrak syarikat.
https://twitter.com/IniAlalalannn/status/1591288931198595072
Difahamkan, akaun TikTok baru TikToker itu masih lagi berkisarkan kandungan yang sama iaitu review makanan.
Rata-rata warganet berpendapat bahawa TikToker tersebut boleh diibaratkan seperti kacang lupakan kulit.
Namun, TikToker berkenaan kemudiannya memuat naik IG Story di Instagram peribadinya bahawa dia bakal menceritakan hal yang sebenar minggu hadapan kerana menurutnya ada pihak yang telah memusingkan cerita.
Sumber: Twitter
Baca: Viral Kawan ‘Hijacked’ Majlis Birthday Sendiri, Photographer Nak Belanja Photoshoot Free