in

Muslim Pro Derma 50% Hasil Langganan Kepada Tabung Bantuan Kanak-Kanak Palestin Sempena Ramadan Ini

Muslim Pro Derma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyedia aplikasi gaya hidup Muslim di peringkat global, Muslim Pro memaklumkan akan menderma 50% daripada hasil langganannya kepada bantuan kemanusiaan dan inisiatif di Palestin di bawah Tabung Bantuan Kanak-Kanak Palestin (PCRF).


Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Muslim Pro, Fara Abdullah berkata, menekankan kepentingan memberi kembali kepada mereka yang memerlukan sepanjang Ramadan.

“Ketika kita menjalani bulan yang suci penuh keberkatan ini di dalam rumah kita yang selesa, ingatlah mereka yang tidak berkemampuan dan kongsi rezeki dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka,” katanya.

Muslim Pro bekerjasama dengan PCRF untuk menyokong misi penting mereka dalam menyediakan penjagaan kritikal untuk kanak-kanak Palestin.

Image1 1673974509

Bagi merealisasikan sasaran tersebut, Muslim Pro memberi peluang kepada pelanggannya untuk membuat sumbangan yang bermakna sambil merasai pengalaman terbaik menerusi aplikasi tersebut.

“Kerjasama ini adalah bukti kuasa teknologi dan keupayaannya untuk membawa orang ramai bersama-sama untuk melakukan perubahan. Dengan sokongan Muslim Pro, kami boleh terus menyediakan rawatan perubatan kritikal kepada kanak-kanak yang memerlukan di Palestin,” kata Pengasas PCRF, Steve Sosebee.

Pengguna di Malaysia kini boleh turut serta melanggan aplikasi Muslim Pro dengan nikmati pengalaman bebas iklan termasuklah pada Qalbox iaitu perkhidmatan penstriman hiburan mesra Muslim yang menyediakan pelbagai kandungan gaya hidup.

Sempena Ramadan ini, Qalbox menawarkan beberapa kandungan Islamik dan gaya hidup seperti Tadarus Al Quran: 30 Juz untuk 30 Hari, Hadis Hari Ini, Bilal: A New Breed of Hero dan banyak lagi.

230405 My Pressrelease Opt1

Pengguna Muslim Pro boleh menikmati harga langganan promosi aplikasi secara tahunan sekitar RM24.90 dan akan dimaklumkan agihan derma tersebut disalurkan kepada pelbagai projek kemanusiaan lain seperti Projek Amputee Gaza, Program Rawatan Luar Negara dan Program Jantung Pediatrik.

Pelbagai ciri yang komprehensif ditawarkan dalam langganan premium termasuk:

  • Nikmati aplikasi Muslim Pro tanpa iklan
  • Penstriman tanpa had bagi filem Muslim, siri TV, dokumentari, program kanak-kanak dan banyak lagi.
  • Boleh memuat turun audio bacaan Al-Quran (mendengar di luar talian)
  • Pemilihan suara azan global seperti Yusuf Islam dari United Kingdom dan Muzammil Hasballah dari Indonesia.
  • Pemilihan qari Al-Quran yang popular termasuk Mishary Rashid Alafasy dan Abdul Basid ‘Abd us-Samad
  • Mengakses banyak kandungan dalam bahagian ‘Inspirasi’ (artikel, hadis, petikan maklumat grafik)
  • Memilih tema warna yang berbeza untuk aplikasi
  • Waktu solat dalam widget

Sebarang maklumat lanjut, boleh layari laman Muslim Pro atau terus memuat turun aplikasinya di Google Play Store dan Apple Store di peranti pintar.

Sumber: PCRF

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.