in

Muslim Pertama Jadi Ketua Eropah Barat, Ini Apa Korang Perlu Tahu Tentang Humza Yousaf

Collage 62

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada Selasa lepas, Humza Yousaf telah mencipta sejarah dengan menjadi Menteri Utama (ketua kerajaan) Scotland termuda dan secara tak langsung juga menjadi Ketua Eropah Barat Muslim pertama!

Humza Yousaf telah menggantikan Nicola Sturgeon selepas bekerja di bawah wanita tersebut sebagai setiausaha keadilan dari 2018 sehingga 2021 untuk parti Scottish National Party (SNP). Humza juga turut memegang jawatan sebagai Menteri Kesihatan dan Kebajikan Sosial di bawah pimpinan Sturgeon sehingga wanita itu meletakkan jawatan pada bulan lepas.


Kehidupan awal Humza Yousaf

Humza Yousaf dilahirkan pada 7 April, 1985 oleh ibu bapa yang merupakan pendatang asing. Bapanya Mian Muzaffar Yousaf yang berasal dari Pakistan merupakan seorang akauntan dan ibunya Shaaista Bhutta pula berasal dari Nairobi, Kenya.

Ketika ucapan kemenangannya, Humza telah bercakap tentang asal-usulnya yang datang dari keluarga pendatang.

Sebagai pendatang negara ini yang tak tahu berbahasa Inggeris, mereka tak pernah bayangkan bahawa cucu mereka satu hari nanti dapat menjadi Menteri Utama Scotland.

“Kita sepatutnya bangga dengan kemenangan ini kerana kita berjaya menghantar mesej yang warna kulit atau kepercayaan bukanlah penghalang untuk menerajui negara.”

Malah, pada tahun 2016, Humza telah mencipta sejarah dengan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Scotland dalam bahasa Inggeris dan Urdu sambil berpakaian tradisional Scotland.

Humza berkahwin dengan isterinya Nadia El-Nakla, peguam dan aktivis hak asasi manusia pada tahun 2015 dalam upacara Islam di Glasgow dan dikurniakan dua cahaya mata.

Lelaki ini sering bercakap tetang kepentingan keluarganya dalam kehidupannya dan sokongan yang dia terima dari isteri dan anak-anak.

Bagaimanapun, Humza pernah berdepan dengan kontroversi dan kritikan selepas beliau mendedahkan telah menerima serangan di media sosial ketika anak pertamanya lahir.

Ada yang memanggilnya sebagai pengkhianat selepas pasangan ini membuat keputusan untuk menamakan anaknya dengan nama dari bahasa Arab.

Pun begitu, Humza meminta agar orang di sana terus bersatu padu dan saling menghormati komuniti lain di Scotland.

Kerjaya Humza Yousaf

Kerjaya politik Humza bermula apabila beliau dilantik sebagai penasihat SNP kepada Parlimen Scotland pada 2007. Pada 2011, beliau mula bertanding dalam pilihan raya Parlimen Scotland dan dipilih menjadi Ahli Parlimen Scotland untuk wilayah Glasgow.

Pada tahun awalnya sebagai Ahli Parlimen, Humza berkhidmat dalam Jawatankuasa Kesihatan dan Sukan dan Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Penjanaan Semula. Beliau juga dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Luar dan Pembangunan Antarabangsa dalam Kerajaan Scotland pada 2014.

Tahun 2016, Humza dilantik sebagai Menteri Pengangkutan dan Kepulauan, di mana beliau menyelia projek pengangkutan utama di Scotland, termasuk pembinaan Queensferry Crossing, projek infrastruktur terbesar Scotland dalam satu generasi.

Kemudian, pada Jun 2018, Humza dilantik sebagai Setiausaha Kabinet untuk Keadilan, menjadi orang Islam pertama yang memegang jawatan peringkat kabinet di Scotland. Beliau menyelia beberapa bidang dasar penting, termasuk kepolisan, sistem mahkamah, dan keadilan jenayah.

Mei 2021, Hamza dilantik sebagai Setiausaha Kabinet untuk Kesihatan dan Penjagaan Sosial, di tengah-tengah pandemik COVID-19. Dalam peranan ini, beliau bertanggungjawab mengetuai tindak balas Scotland terhadap wabak itu, menyelia program vaksinasi dan melaksanakan dasar untuk menambah baik sistem penjagaan kesihatan negara.

Sepanjang kerjayanya, Hamza telah menjadi penyokong vokal untuk keadilan sosial, kesaksamaan dan kepelbagaian. Beliau juga telah menjadi penyokong kuat gerakan kemerdekaan Scotland, dan telah terlibat dalam beberapa kempen untuk mempromosikan kemerdekaan Scotland.

Selepas berjaya menjawat pelbagai jawatan dalam pentadbiran kerajaan Scotland, akhirnya Humza dilantik sebagai Menteri Utama Scotland pasa Selasa lalu.

Menerusi Twitter, Humza Yousaf turut memuat naik gambar beliau meluangkan masa bersama keluarganya di kediaman rasmi Menteri Utama Scotland ‘Bute House’ dengan mengimamkan solat selepas berbuka puasa bersama selepas dilantik menjadi Menteri Utama di Parlimen.

Tahniah Humza Yousaf!

Sumber: Twitter, TIME, BBC

 

Baca: Scotland Jadi Negara Pertama Tawarkan Barangan Haid Secara Percuma

Scotland Period Free

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.