in

Murahnya! Anda Kini Boleh Pilih Data, SMS Dan Panggilan Sesuka Hati Serendah RM20 Sebulan!

Wow

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa gunanya sebuah telefon pintar yang canggih kalau tak ada plan telco yang menarik kan? Nak periksa Instagram sekejap pun data dah habis. Kemudian anda pula terpaksa bazirkan wang untuk bayar jumlah SMS atau panggilan telefon yang anda tak pernah pakai atau habis gunakan setiap bulan. Sudahlah bayar mahal pulak tu. Kan membazir!


Namun kini, anda boleh lupakan semua masalah itu kerana kemunculan telco baru di Malaysia ini bakal mengubah gaya hidup anda 100%! Wow!

Yoodo Head Farid Yunus 5Th Left And His Team Launching The New Customisable Mobile Plan
sumber: digital news asia

Yoodo yang baru dilancarkan pada 30 Januari lalu telah mendapat banyak perhatian daripada rakyat Malaysia kerana ia merupakan jenama perkhidmatan mudah alih terbaharu yang memberi kuasa kepada pengguna untuk mengubah suai pelan mana yang terbaik untuk mereka. Tak percaya? Ini kami senaraikan enam perkara mengenai Yoodo yang boleh buat anda ternganga selepas mengenalinya: 

 

1. Boleh ubai suai pelan sesuka hati

Anda tidak lagi perlu terikat dengan pelan-pelan yang biasanya disediakan oleh sesetengah syarikat telco yang lain! Pengguna diberikan kuasa untuk membuat pilihan dan mencipta pelan yang mereka perlukan pada bila-bila masa dengan hanya menggunakan aplikasi Yoodo yang sedia dimuat turun di Google Play Store dan IOS Apple Store.

Anda boleh mengubah jumlah data, SMS dan panggilan mengikut kehendak anda sendiri seperti yang dipaparkan imej di bawah. Ini termasuklah data tambahan untuk Facebook, Instagram dan Youtube serta perkhidmatan Perayauan Antarabangsa dan IDD.

Yoodo
sumber: yoodo

Dan sekiranya anda berubah fikiran, anda boleh saja mengubah suai pelan tersebut yang mana ia akan diperbaharui pada bulan seterusnya. Mudah kan? 😉 

 

2. 100% dalam talian

Str2 S6Yoodo S6 1
sumber: the star

Jangan terkejut kalau kami beritahu yang Yoodo tidak mempunyai premis jualan atau wakil perniagaan di mana-mana kedai. Semua aktiviti dan interaksi dengan pelanggan dilakukan dalam talian atau menerusi aplikasi mudah alih. Tak payah susah-susah cari service center lagi.  

 

3. Penghantaran kad SIM segera ke muka pintu anda!

Screen Shot 2018 01 30 At 11.13.44 Pm
sumber: blog

Anda hanya perlu tempah serta dapatkan kad SIM percuma melalui servis penghantaran SEGERA dalam tempoh dua jam buat masa sekarang dengan caj RM15 hanya di sekitar kawasan Lembah Klang. Wow! Pun begitu, bagi mereka yang tinggal di luar Lembah Klang, penghantaran biasa akan mengambil selewat-lewatnya satu hingga ke tiga hari dan pengaktifan kad SIM akan dibuat melalui aplikasi Yoodo.

 

4. Tiada caj tersembunyi dan kontrak

Anda tidak akan dikejutkan dengan caj-caj tersembunyi, syarat-syarat perjanjian atau caj lewat bayar kerana semuanya dipaparkan jelas melalui akaun pengguna di aplikasi. Proses penukaran ke Yoodo juga percuma dan anda boleh memilih sama ada mahu membuat bayaran bulanan atau tidak melalui fungsi pembaharuan langganan automatik.

Selain itu, anda juga boleh menamatkan pelan pada bila-bila masa tanpa perlu bayar caj penamatan kontrak dan aktifkan semula pelan pada bila-bila masa. Bestnya! 

Giphy

 

5. Perkhidmatan mudah alih menyeluruh

Sesetengah pengguna tidak suka menukar telco kerana sayang akan nombor mereka kini dan kalau boleh mahu mengekalkan nombor yang mereka guna sampai bila-bila. Dengan Yoodo, anda boleh mengekalkan nombor sedia ada tanpa dikenakan caj. Pengguna juga boleh berkongsi Wi-Fi, tidak perlu mengaktifkan aplikasi VPN dan menggunakan data domestik untuk kadar rata RM10/sehari untuk membuat perayauan antarabangsa di 12 negara. ‘Roam like home’ bak kata Yoodo! 

^23Acc7Fed105E651D36Edc149C412247F0B65946C36Cc1451B^pimgpsh Fullsize Distr
sumber: yoodo

 

6. Sertai komuniti Yoodo! 

Yoodoo
sumber: blog

Pengguna Yoodo boleh menjadi sebahagian daripada komuniti dengan pengguna yang lain dan berkongsi masalah ataupun topik menarik bersama-sama di dalam forum Yoodo – Your Mobile, Your Feedback dan General Chit-Chat.

Selain itu, pelanggan juga boleh mendapatkan khidmat bantuan daripada pasukan Yoodo melalui sesi Live Chat sekiranya berdepan dengan sebarang masalah.

Bersempena sambutan Tahun Baru Cina, Yoodo kini sedang memberi semua pengguna baru dan sedia ada booster data istimewa sebanyak 8GB untuk HANYA RM8! Ini bermakna 1GB hanya bernilai RM1. Fuh gilalah! Klik sini untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini.

Berminat? Mudah saja! Muat turun aplikasi Yoodo di telefon Android dan IOS anda sekarang. Untuk info lanjut lawati laman web Yoodo.

Yoodo percaya #YouDoItBetter! 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.