Kebiasaannya, pada waktu kemuncak awal pagi dan petang pastinya kawasan jalan raya dan lebuh raya akan berada dalam keadaan yang sesak. Terutamanya di kawasan menuju ke bandar-bandar utama.
Petugas trafik juga selalunya akan mula turun padang sekiranya terdapat kawasan yang mengalami kesesakan melampau.
Oleh hal yang demikian, tular di laman Facebook semalam, sebuah video berdurasi 29 saat telah dikongsi oleh pemilik akaun Facebook bernama Syah Mizie.
https://www.facebook.com/100000646684140/videos/322540979676040/
Video tersebut memperlihatkan seorang penunggang motosikal terlanggar seorang polis trafik yang sedang bertugas di kawasan susur keluar bahagian kanan.
Kejadian tersebut difahamkan berlaku pada awal pagi semalam ketika keadaan jalan raya sedang sibuk dan sesak ekoran waktu kemuncak orang ke tempat kerja.
Video yang dirakam menggunakan kamera dashboard itu memperlihatkan penunggang motosikal berkenaan sedang bergerak menuju arah susur keluar kanan ke kawasan Persiaran Kewajipan.
Berkemungkinan, penunggang tersebut tidak perasan akan pegawai polis trafik yang bertugas di kawasan berkenaan lalu melanggar motor pegawai polis tersebut.
Hal ini kerana, penunggang tersebut terlihat sedang menoleh ke arah belakang semasa hendak menyusur ke kanan. Akibat daripada pelanggaran tersebut, pegawai polis berkenaan terduduk dan topi keledar miliknya terpelanting dari dalam raga motor.
Susulan kejadian ini, banyak pendapat yang berbeza telah diutarakan oleh para netizen di ruangan komen posting tersebut dengan berbalah siapa yang salah.
Baca: [VIDEO] Lelaki Solat Tengah Jalan Masa Trafik Sesak, Nasib Baik Ada Abang Polis