in

“Mungkin sebab tu lah dia nak tukar kerja” – Pemuda Mati Mengejut Masa Interview Sebab Asyik Kena OT Dekat Office Lama

Kerja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerja untuk hidup, bukan hidup untuk kerja, jangan biarkan majikan meng ‘hamba abdikan’ kita biarpun hujung bulan diberikan gaji sebagai ganjaran, tak guna kalau gaji yang ditawarkan itu besar tapi hidup kita terkontang kanting.


Malang betul buat nasib seorang lelaki 36 tahun ini, baru sahaja nak mengorak langkah ke alam pekerjaan baru, tetapi kesan perngorbanan daripada tempat kerja lamanya telah ‘makan diri’ dia balik apabila dia mati mengejut masa nak interview kerja baru.

 

Meninggal mengejut masa tengah interview kerja

2 1
Sumber :shutterstock

Lapor WORLD OF BUZZ, lelaki daripada Hangzhou, China ini dikatakan tiba-tiba pengsan ketika sesi temuduga sedang dijalankan pada 26 November lepas. Dia serta merta dibawa ke hospital, anak matanya dilihat semakin mengembang dan dia disahkan mati.

Menurut majikan di tempat kerja baru tu, calon tersebut menjelaskan dia selalu kena stay up sebab kerja OT, dan mungkin itulah penyebab dia nak tukar kerja dan cuba nak cari persekitaran tempat kerja baru.

Malah, calon itu juga ada menjelaskan yang dia penghidap penyakit darah tinggi. Andaikata kalau tempat kerja tu punca dia kena memang tak elok!

 

Terkena serangan jantung tanpa petanda

Heart
Sumber : shutterstock

Kata doktor, lelaki itu kena serangan jantung sebelum rebah tak sedarkan diri.  Penyakit jantung koronari dan tekanan darah tinggi mempunyai risiko untuk mendapat serangan jantung, mereka yang sihat pun boleh kena kerana kebanyakan penghidap tidak mempunyai sebarang gejala sebelum mereka jatuh sakit.

Doktor juga menyebut bahawa dia telah merawat pesakit lain yang mengalami serangan jantung akut di tempat kerja dua minggu lalu.

Selepas dirawatkan ke hospital, keadaan pesakit itu bertambah baik tapi pesakit itu terus cemas bila dah boleh discharged dari hospital sebab ada banyak kerja yang dia kena buat bila dah balik kerja nanti.

Doktor tersebut ada pesan juga kepada mereka yang pernah terkena serangan jantung patut berjaga-jaga dan elakkan diri daripada overworking untuk mengelakkan perkara ini terjadi berulang kali.

Hidup korang lagi penting daripada kerja ni, duit boleh dicari, tapi nyawa ni berguna hanya sekali, jangan dengar sangat kalau boss tu ada bagi sebarang motivasi andaikata dia sendiri tak ubah sistem mereka.

 

Baca : “Jangan underpaid sudah” – Netizen Sokong Tweet Hazeman Huzir Pasal Isu Kerja dan Gaji

Haze

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.