Pelakon remaja berusia 18 tahun menjadi mangsa amang seksual seorang jurusolek di Ayer Keroh, Melaka.
Jurusolek berusia 41 tahun itu dipercayai melakukan perkara terkutuk itu di salun rambut miliknya ketika mangsa ingin mendandan rambut di situ.
Artikel berkaitan: PU Azman Dipenjara 24 Tahun & 2 Sebatan Atas Kesalahan Amang Sek*ual
Artikel berkaitan: Abang Bas Menangis Ketika Didakwa Lakukan Amang Seksual Kanak-kanak
Susulan kejadian, mangsa membuat laporan polis dan suspek direman tujuh sehingga 26 Januari untuk siasatan mengikut 377C Kanun Keseksaan.
Hari ini, Pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Md Nazri Zawawi berkata, perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman di Mahkamah Majistret Ayer Keroh.
Difahamkan, insiden itu berlaku ketika pelakon sambilan itu pergi ke salun terbabit selepas ditawar perkhidmatan mendandan rambut secara percuma.
“Selepas selesai mendandan rambut, suspek dikatakan menawarkan perkhidmatan baharu iaitu urutan badan dan remaja lelaki itu bersetuju memandangkan sudah lama mengenali suspek,” katanya.
Suspek bagaimanapun bertindak melakukan amang seksual fizikal dengan mengurut bahagian paha pengadu, sebelum dia melakukan perbuatan terkutuk itu sambil memegang paha mangsa dengan kuat.
Perkara itu menyebabkan mangsa terkejut dan keluar dari premis tersebut sebelum membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh, Sabtu lalu.
Katanya, pasukan Bahagian D11 (Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka menahan suspek di Taman Tasek Utama Ayer Keroh pada 4.30 petang semalam.
Difahamkan mangsa adalah penuntut tahun pertama kolej dan pernah berlakon drama.
Sumber: Harian Metro, Malaysia Gazette