in

“Muka pun segak” – Berbual Dengan Pengunjung Guna Bahasa Isyarat, Abang Bomba Terima Pujian Netizen

bomba 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebiasaannya orang yang mahir menggunakan bahasa isyarat ni mesti ada kenalan atau ahli keluarga yang kelainan upaya (OKU) pekak atau bisu kerana itulah cara mereka berinteraksi antara satu sama lain.

Semalam, viral di TikTok seorang ahli pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia sedang berbual dengan pengunjung menggunakan bahasa isyarat di sebuah karnival.


@bombamalaysiaofficial

Alhamdulilahh semasa karnival berlansung min sempat record sedikit perbualan abam bomba dalam bahasa isyarat bersama org awam.. terima kasih gais..! boleh min dapatkan View 1m x tok video ni? #fypシ゚viral #foryourpageofficiall #fy #fypシ゚viral?tiktok #capcut #fyppppppppppppppppppppppp #trendingvideo #foryou #perak #viralditiktok #สปีดสลว์ #bahasaisyaratmalaysia #bombamalaysiaofficial #education #signalsig

♬ Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan

Abang bomba yang bernama Hazman itu dilihat sangat mesra bergaul dengan pengunjung yang mempunyai keterbatasan untuk bertutur seperti biasa. Hanya menggunakan bahasa isyarat, dia tidak bosan menyantuni para pengunjung yang singgah di booth Jabatan Bomba dan Penyelamat itu.

Mungkin pengunjung si situ sudah selesa dengannya, mereka tidak kekok bertanya pelbagai soalan mengenai tugas-tugas bomba. Abang bomba itu juga menjawab soalan-soalan tersebut dengan baik dan menerangkan secara terperinci tentang apa yang ditanya.

Artikel berkaitan: “Real abang bomba selamatkan saya” – Wanita Temui Jodoh Dengan Abang Bomba Lepas Selamatkan Dari Kemalangan

Artikel berkaitan: Tular Video Ular Senduk ‘Menyorok’ Bawah Budak, Bomba Berjaya Tangkap Haiwan Berbisa

Disebabkan kelebihan abang bomba ini boleh bergaul menggunakan bahasa isyarat,  pengunjung-pengunjung lain yang mempunyai kekurangan yang sama tertarik untuk berkunjung ke booth tersebut.

Mereka kagum dengan kelebihan yang ditonjolkan oleh abang bomba itu kerana dia telah memudahkan pengunjung yang mempunyai keterbatasan untuk bertutur dan mempelajari tentang tugas Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Rata-rata netizen di ruangan komen kagum dan memuji abang bomba ini.

bomba 1

Ada juga netizen yang menyarankan agar pihak kerajaan membuka kaunter khas di pejabat kerajaan dengan menyediakan staf yang boleh bertutur dalam bahasa isyarat untuk memudahkan orang OKU berurusan dengan lancar.

bomba 2 bomba 3

Bukan itu sahaja, mereka juga menyarankan supaya pembelajaran bahasa isyarat dimasukkan dalam silibus pendidikan di Malaysia.

bomba 4

bomba 5 1

Sumber: TikTok

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.