in

Muaz Zabir Terima Ancaman Di DM, Ada Yang ‘Larang’ Masuk Singapura

muaz zabir diancam larang masuk singapura

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara terpalit dengan kontroversi didakwa menjalinkan hubungan dengan isteri Aliff Aziz, Bella Astillah, nama Muaz Zabir kian menjadi sebutan netizen.

Terbaru, pelakon yang terkenal dengan drama Leha, Leya Lawa ini mendakwa dia menerima ancaman di DM (direct message) di laman sosialnya iaitu Instagram dan TikTok untuk tidak datang ke Singapura.


Saya terima ancaman jangan datang Singapura,” kata Muaz.

MUAZZ 3

Artikel berkaitan: Aliff Aziz Dedah Hubungan Dengan Bella Dah Lama Retak, Selalu Kongsi Masalah Dekat Ruhainies

Artikel berkaitan: “Salah tetap salah” – Caprice Ulas Isu Bella Astillah ‘Curang’ Dengan Pelakon Muda Untuk Buat Suami Cemburu

“Bukan hendak cari gaduh” 

Menurutnya, Muaz, 27, walau bagaimanapun tidak gentar dengan ancaman tersebut kerana yakin kedua-dua buah negara ini mempunyai undang-undang yang menjaga keselamatan orang awam.

Walaupun menerima ancaman saya lihat daripada sudut positif. Insya-Allah, kalau saya dengan niat yang betul, untuk bekerja serta tidak mengganggu sesiapa, tiada apa yang akan berlaku.

“Sebab kita ada undang-undang. Jika saya ke sana (Singapura) untuk bekerja apa salahnya, bukan hendak cari gaduh.

“Sebolehnya saya tidak ingat membabitkan dua negara. Saya sedang cuba meneruskan kehidupan dengan cara yang terbaik,” kata Muaz.

Tambahnya lagi, walaupun menerima ancaman, keadaan kini masih lagi terkawal dan tak ada keperluan bagi pihaknya untuk mengambil tindakan undang-undang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Muaz yang baru berkecimpung dalam dunia hiburan selama setahun enam bulan itu juga berkata, kontroversi yang melibatkan dirinya itu telah memberi kesan yang cukup besar dalam kehidupannya.

Saya taklah trauma sampai tidak boleh teruskan kehidupan. Tetapi saya mengaku apa yang berlaku beri impak yang besar dalam diri saya dan keluarga.

“Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam setiap tindakan termasuk hubungan agar tidak menyinggung mana-mana pihak,” kata Muaz.

Terdahulu, Muaz juga telah ditegur oleh Aliff Aziz untuk bersikap jujur tentang hubungannya dengan Bella Astillah menerusi temubualnya dengan program Melodi.

Namun Muaz pula dikatakan telah mengambil pendekatan berbeza dengan memuat naik hantaran di IG story dan menggunakan lagu Sayang Sayang nyanyian Aliff Aziz sambil berkongsi dirinya yang sedang menjalani penggambaran sebuah drama.

Makin panjang kisah mereka ini. Harap-harap semuanya selesailah dengan baik-baik. 

Sumber: Kosmo

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.