Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam telah merakam percakapan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman di Ibu Pejabat MCMC.
Ia susulan dengan penularan video teaser lagu raya usahawan tersebut dan tindakan ini diambil MCMC selepas menerima aduan berhubung video berkenaan.
Artikel berkaitan: “Islam tegah gurauan sampai menipu” – Amin Idris Tegur Aliff Syukri Dakwa Lagu Raya Hanya ‘April Fool’
Artikel berkaitan: “Siapa dah kena prank?” – Dakwa Nak Lancar Lagu Baru Hari Ini, Aliff Syukri Cakap Ia Hanya ‘April Fool’
Setelah kertas siasatan siap, ia akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
“Klip video raya yang dimuat naik di platform media sosial beliau dilihat sebagai kandungan yang bersifat jelik yang boleh melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].
“Ini termasuk Seksyen 233 yang melarang pembuatan dan penghantaran komunikasi yang antara lain, bersifat jelik, lucah atau sumbang dengan niat untuk menyakitkan hati atau mengganggu orang lain,” katanya.
MCMC juga berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 [Akta 588].
Sebelum ini, tindakan Aliff Syukri telah mengundang kecaman hebat netizen apabila memuat naik video teaser memaparkan dirinya bersama beberapa orang penari menari dalam gaya yang tidak senonoh bagi lagu raya baru yang akan dilancarkannya itu.
Namun setelah video itu tular, Aliff telah memadam video teaser berkenaan dan meminta netizen untuk tidak menyebarkannya lagi selain mengatakan ia hanyalah prank April Fool semata-mata.
Sumber: Kosmo