in

Muat Naik ‘Content’ Pelajar Sekolah Dengan Kapsyen Kontroversi, ‘Abang Bas’ Ditahan Polis

Abang Bas Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular sejak semalam selepas pengguna media sosial meluahkan kebimbangan terhadap kandungan yang dimuat naik di TikTok ‘Abang Bas’ yang memaparkan gelagat murid perempuan sekolah rendah dalam bas sekolah.

Tindakan serta tajuk kapsyen yang digunakan pengendali TikTok yang memiliki lebih 600 ribu pengikut itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen.


Kesemua video yang dirakam sambil memandu itu memaparkan wajah murid-murid tersebut dengan jelas.

Gwsn7H9Xoaabuqe

Pengendali TikTok ‘Abang Bas’ ditahan polis

Perkara itu turut meraih perhatian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri yang menggesa Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) mengambil tindakan tegas itu kepada individu tersebut.

Artikel berkaitan: “Tak patut dinormalisasikan” – Nancy Shukri Arah Pemandu Bas Rakam Murid Perempuan Disiasat

Terbaharu, pemandu bas terbabit dilaporkan telah ditahan awal pagi ini susulan pihak polis menerima laporan mengenai isu terbabit.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, lelaki berkenaan yang berusia 24 tahun itu ditahan pada pukul 2.57 pagi di kawasan Simpang Renggam, Kluang.

“Sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang yang membuat tangkapan itu merampas telefon bimbit yang digunakan untuk memuat naik hantaran tersebut.

“Pihak polis bertindak selepas menerima laporan kejadian berkenaan dan menjalankan siasatan penularan rakaman video memaparkan kanak-kanak dalam bas dipandu seorang lelaki.

“Video berkenaan dimuat naik pemilik dan pengendali akaun TikTok Abang Bas. Hantaran tersebut masih wujud dan boleh diakses.”

Gwweknka8Aag3ChGwwekniaoaa0Kzo

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seskyen 15 (a)(iii) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seskyen 15(2) Akta Kanak 2001.

Jelasnya lagi, polis mengalu-alukan kerjasama daripada ibu bapa kanak-kanak yang berada dalam rakaman video terbabit supaya tampil membantu siasatan.

Sumber: Malaysia Gazette

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.