in

MPP UiTM Desak Tindakan Tegas Diambil Ke Atas Pensyarah Hina Pelajar

Collage 72 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Video viral yang dimuat naik ke media sosial malam tadi menunjukkan seorang pensyarah menghina pelajar dan golongan B40 telah buatkan ramai netizen tak senang duduk sampai sekarang!


Ekoran ini juga, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (MPP UiTM) dari satu Malaysia telah pun mengeluarkan kenyataan bersama mengenai isu ini.

Menerusi kenyataan tersebut, MPP UiTM ini sebulat suara mengatakan bahawa tindakan tersebut adalah tidak wajar dibuat oleh mana-mana pihak.

Bukan itu sahaja, wakil MPP Rasydan bin Mohd Hassan, turut mendesak agar pihak pengurusan tertinggi membuat siasatan serta mengambil tindakan kerana menganggap tindakan pensyarah tersebut telah merosakkan imej universiti.

Seluruh keluarga MPP UiTM mendesak pengurusan tertinggi universiti untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan wajar dan selayaknya kerana pensyarah tersebut telah merosakkan imej universiti keramat ini.

Fpd1Ksvaqaebq O

Selain itu, mereka juga meminta agar pensyarah tersebut lebih memahami keadaan negara yang sedang berhadapan dengan situasi pandemik hingga menyebabkan ekonomi tidak stabil.

Ambil tindakan tegas kepada pensyarah tersebut dan juga mana-mana individu yang membuat tindakan sama selepas ini.”

Setakat ini, netizen masih menunggu kenyataan rasmi dari pihak IPTA dan permohonan maaf dari pensyarah yang terlibat.

 

Baca: “Tinggi ilmu, adab tiada” – Netizen Serang IG IPTA, Mahu Pensyarah Hina Pelajar Mohon Maaf

Ig Ipta Diserang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.