in

MP Pas Persoal Seragam Jururawat Wanita ‘Ketat & Nampak Bentuk Badan’

Jururawat Wanita Ketat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dewan Rakyat hari ini membahaskan usul Kertas Putih Kesihatan yang menyentuh masa depan sistem kesihatan negara. Ketika perbahasan, seorang Ahli Parlimen Pas telah membangkitkan isu pemakaian seragam jururawat wanita di fasiliti kesihatan awam.

Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor mendakwa ramai jururawat wanita berpakaian ketat dan tidak mematuhi syariah.


Justeru, beliau menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) meneliti semula etika pemakaian jururawat wanita, termasuk mempertimbang keperluan memberi kelonggaran kepada pihak klinik dan hospital menentukan etika berpakaian yang sesuai.

“Kebanyakan jururawat wanita berpakaian ketat dan menampakkan bentuk badan, di mana ia tidak patuh syariah.

“Adakah kita masih berterusan mahu mengikut acuan Barat dalam etika pemakaian ini? Apakah ia tidak boleh diubah dan diberi kelonggaran?” katanya.

Bahasnya lagi, beliau mengambil contoh dua hospital iaitu di Kelantan dan Pahang yang mengambil inisiatif memberi pilihan kepada kakitangan wanitanya mengenakan pakaian yang lebih sesuai.

“Contohnya Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan dan Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah di Kuantan, Pahang.

“Tahniah diucapkan kepada kedua-dua hospital yang memberi pilihan etika pakaian lebih baik kepada pekerja,” katanya.

Selain itu, perbahasan diteruskan dengan membangkitkan isu berkaitan kenaikan gaji dan elaun petugas kesihatan awam.

Sumber: Awani

Baca: Tergamaknya! Staf Kesihatan Dedah Hujung Ramadan Ramai Hantar Ibu Bapa Ke Hospital Sebab…
Hantar Ibu Bapa Ke Hospital Raya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.