in

“Motosikal pun dah canggih tak perlu dihidupkan guna kaki” – Bekas Banduan Al-Ma’una Kekok Dengan Dunia Luar Lepas 20 Tahun Terkurung

Ahmad4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Agak sebak apabila terbaca luahan daripada salah seorang bekas banduan Al-Ma’una, kali terakhir dapat melihat dunia luar pada tahun 2000, sudah semestinya dapat merasakan perbezaan yang begitu ketara sepanjang tempoh 20 tahun lelaki berusia 49 yang dikenali sebagai Ahmad ini ‘terkurung’.

Menerusi Bernama, Ahmad mengatakan bahawa kampungnya itu jauh beza berbanding 20 tahun yang lepas. Selain itu, penglihatannya juga terganggu apabila terkena cahaya matahari kerana sudah terbiasa dengan suasana suram di penjara.


 

Bayangkan daripada kawasan hutan pada 20 tahun lepas, kini dipenuhi rumah. Saya nak bawa motosikal pun rasa takut sebab banyak betul kereta dan lori atas jalan. Bukan macam dulu… televisyen sekarang pun banyak yang dah ‘kurus’ (skrin nipis). Motosikal pun dah canggih tak perlu dihidupkan guna kaki.”

Ahmad

Dia tersenyum apabila melihat bilangan ahli keluarga besarnya makin ramai, katanya sehingga hari ini dia masih ragu-ragu dengan jumlahnya. Manakan tidak, semasa dia tinggalkan keluarga mereka jumlah ahli keluarga hanya ada 5 orang sahaja dan kini hampir 15 orang.

Ahmad sepatutnya menjalani hukuman penjara sepanjang hayat, dia merupakan salah satu bekas ahli kumpulan Al-Ma’unah yang dianggotai oleh 13 orang.

Namun begitu, Ahmad mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Hari Kebangsaan ke-63.

Dia sebelum ini dimasukkan ke Penjara Sungai Buloh seketika pada tahun 2000, kemudian ke Penjara Kajang selama lapan tahun sebelum ke Penjara Marang selama 12 tahun. Ahmad telah dibebaskan pada 17 Ogos lepas.

 

Saya gagal teruskan bacaan dan pegawai meminta saya melakukan sujud syukur”

Ahmad2

Ketika mengimbas balik ‘detik indah’ pembebasannya pada 17 Ogos lalu, sehari sebelumnya dia dipanggil oleh pegawai penjara untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Dia kemudiannya diarah untuk membaca sepucuk surat satu persatu baris ayat di surat itu yang memaklumkan keputusan penolakan empat kali rayuannya untuk pembebasan sebelum ini.

Tapi bila bacaannya sampai pada baris terakhir dia menjadi kaku setelah mengatahui bahawa rayuannya diperkenankan.

“Apabila tiba pada ayat ‘diperkenankan’ bagi rayuan kali kelima, saya gagal teruskan bacaan dan pegawai meminta saya melakukan sujud syukur”

Tambahnya lagi, dia rasa tiada upaya untuk berdiri kerana terlalu terkejut sampai harus dipapah oleh pegawai penjara.

Pada malam terakhir di penjara dia rasa sangat panjang sampai tak dapat melelapkan mata.

“Saya tak tidur. Saya hanya berbaring atas simen… semua peralatan termasuk tilam, selimut, bekas air dan segalanya telah saya agihkan kepada banduan lain.”

Lebih mengharukan lagi apabila dia berpeluang menikmati durian sebelum melanggah keluar dari pintu besi setelah 20 tahun tidak dijamahnya sebagai hadiah pembebasannya.

“Pada hari terakhir, sebelum melangkah keluar dari pintu besi, saya dibawa berjumpa pegawai penjara. Di situlah saya dijamu makan durian. Ia adalah hadiah untuk pembebasan saya. Ketika itu jugalah air mata saya mengalir laju. Sudah 20 tahun tidak merasa enaknya buah durian.”

Malah, apabila tiba di rumah pada 17 Ogos, Ahmad disambut dengan penuh gembira oleh kaum keluarga dan rakan terdekat, dia juga disajikan dengan nasi minyak serta pelbagai makanan lain.

Awal Muharam lepas, surau berdekatan rumahnya pula mengadakan kenduri kesyukuran menyambutnya pulang.

Ketika ditanya apakah yang akan dilakukan dalam masa terdekat, Ahmad yang mahir membuat perabot ketika di penjara berkata beliau ada menerima tawaran untuk bekerja tetapi masih belum membuat keputusan kerana mahu berehat seketika, selain mahu membalas jasa keluarga terutama kakaknya yang sering memberi sokongan dan sentiasa melawatnya di penjara walaupun terpaksa berhabis wang ringgit.

Bagi memastikan nilai positif pada dirinya terus kekal, Ahmad yang pernah meraih perhatian ramai kerana kehebatannya khatam al-Quran sebanyak 165 kali ketika di penjara berkata, beliau akan meneruskan amalannya membaca al-Quran pada setiap hari seperti di penjara.

Saya benar-benar terharu atas pembebasan ini. Terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong. Saya yakin apa yang berlaku ini mempunyai kaitan dengan amalan saya di penjara, termasuk doa yang tidak putus daripada keluarga,” katanya.

 

Baca : “Rasa jijik dengan diri, tergamak rogol anak sendiri” – Kisah Pak Husin, Banduan Tertua di Penjara Marang

Banduan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.