in

“Motor melayang depan muka”- [Video] ‘Luck’ Valentino Rossi, Sejengkal Dari Kemalangan Yang Boleh Membunuh

Gambar Hiasan 2 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi kalangan peminat MotoGP semestinya nombor 46 begitu sinonim dan sangat dinantikan kemunculannya. Namun, pelumba veteran yang pernah merangkul 9 kali juara dunia itu, Valentino Rossi pastinya tidak dapat ‘tidur lena’ apabila melalui detik hampir meragut nyawanya.

Kejadian ngeri itu hampir ‘membunuh’ Valentino Rossi di litar Red Bull Ring, Austria apabila Rossi terpaksa melihat dua motosikal mengalami kemalangan ketika itu melayang betul betul di depan matanya.


https://twitter.com/davidmanuca/status/1294973347218862080

 

Ketika perlumbaan memasuki pusingan ke-8, insiden ngeri yang melibatkan dua pelumba, Franco Morbidelli dan Johann Zarco, menyebabkan ‘red flag’ dinaikkan dan memaksa perlumbaan dihentikan.

Insiden dari kedua-dua pelumba itu hampir menyebabkan Valentino Rossi boleh terbunuh ketika sedang melintas pada waktu itu. Pelumba lagenda kelahiran Itali itu jelas turut tergamam dan tidak mampu untuk melihat kembali ulang tayang insiden tersebut.

 

‘The Doctor’ walau bagaimanapun menamatkan saingan di tangga kelima. Dengan pengalaman lebih 20 tahun menjadi pelumba professional, beliau sudah semestinya melihat banyak kemalangan di litar sepanjang di kariernya, namun kali ini benar benar membuatkannya tergamam.

Insiden ini dianggap sangat ngeri kerana motosikal yang mengalami kemalangan ketika itu mencapai kelajuan sehingga 320kmj. Fuh..sebab tu impak dia pun dasyat..

https://twitter.com/ventdeInde/status/1294974934326812673

 

Namun, secara keseluruhan perlumbaan pada kali ini dimenangi oleh Andrea Dovizioso daripada Ducati dan ini merupakan podium pertama beliau musim ini.

Baca: Alhamdulillah, Hafizh okay! – Kemalangan Teruk Perlumbaan di Austria, Syukur Isteri Sahkan Hafizh Syahrin Selamat

A 1 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.